Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515260
Title: Keciciran murid Orang Asli daripada perspektif guru dan masyarakat: kajian kes sekolah murid Orang Asli di Jeli dan Gua Musang Kelantan
Authors: Muhammad Nazif Remli (P69919)
Supervisor: Sharifah Zarina Syed Zakaria, Prof. Madya Dr.
Keywords: Indigenous peoples -- Malaysia
Indigenous peoples -- Malaysia -- Social conditions
Indigenous peoples -- Malaysia -- Economic conditions
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 13-Dec-2017
Description: Kajian ini bertujuan untuk mengumpul maklumat berkaitan keciciran murid Sekolah Orang Asli daripada segi aspek budaya, ekonomi dan sosial serta mengenal pasti elemen kepimpinan sekolah serta pedagogi guru dengan masalah keciciran murid Orang Asli. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur terhadap 4 orang guru besar, 4 orang guru, 4 orang pemimpin masyarakat serta 4 orang di kalangan ibu bapa murid Orang Asli. 2 orang di kalangan ibu bapa tersebut adalah merupakan pemimpin masyarakat. Lokasi kajian adalah di 4 buah sekolah murid Orang Asli di Kelantan. Instrumen kajian adalah menggunakan temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Hasil temu bual yang diperoleh daripada guru besar, guru-guru serta pemimpin masyarakat Orang Asli mendapati pengaruh budaya, ekonomi dan sosial menyumbang kepada keciciran murid Orang Asli. Pengaruh budaya merangkumi budaya persekitaran dan budaya pembelajaran. Kajian ini juga mendapati kelangsungan hidup mereka daripada isu kemiskinan telah mempengaruhi sikap serta matlamat ibu bapa terhadap pendidikan anak mereka. Manakala pengaruh rakan sebaya banyak mempengaruhi sikap murid supaya tidak datang ke sekolah. Kajian ini mendapati beberapa elemen kepimpinan secara demokrasi telah diamalkan oleh para guru besar serta bermatlamat dalam memastikan murid Orang Asli berjaya dalam pendidikan. Hasil temu bual mendapati guru yang menggunakan pendekatan asuhan, unsur alam sekitar, strategi yang berunsur hiburan dan penggunaan bahan bantu mengajar lebih memberi kesan positif terhadap pembelajaran murid Orang Asli. Selain itu, guru yang mampu bertutur bahasa Orang Asli serta melaksanakan peneguhan positif dalam bentuk pujian dan hadiah akan lebih merangsang minat murid untuk belajar. Sumbangan kepada kajian ini adalah wujudnya satu model yang dinamakan sebagai Model Matlamat Kepimpinan Pedagogi (MKP) Pendidikan Peribumi. Objektif utamanya adalah untuk mengurangkan kadar keciciran murid Orang Asli. Berdasarkan model tersebut, sekolah serta masyarakat sama-sama berperanan dalam melaksanakan kepimpinan dan pedagogi berkesan ke arah mengurangkan kadar keciciran di samping dapat menggalakkan minat murid Orang Asli untuk belajar.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Ph.D.
Pages: 298
Call Number: GN635.M4M843 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_105068+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.76 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.