Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515252
Title: Penilaian kuantitatif tentang pengetahuan, niat pembelian dan kesanggupan membayar pengguna terhadap produk cekap tenaga: kajian sektor domestik di Malaysia
Authors: Norzalina Zainudin (P64627)
Supervisor: Chamhuri Siwar, Prof. Emeritus
Keywords: Energy conservation -- Malaysia
Energy development -- Malaysia
Energy consumption -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 30-Jun-2016
Description: Kecekapan tenaga melalui peralatan elektrik di rumah kini dilihat sebagai alat yang penting dalam menangani isu keselamatan tenaga. Sebilangan besar negara-negara maju dan membangun telahpun memperkenalkan piawaian dan program pelabelan masing-masing dalam usaha meningkatkan kecekapan tenaga melalui penggunaan produk cekap tenaga. Malaysia telah melancarkan program pelabelan cekap tenaga pada tahun 2006. Bagaimanapun dalam keprihatinan pengguna terhadap isu alam sekitar, produk cekap tenaga menghadapi penerimaan pasaran yang perlahan lantaran pilihan pengguna terhadap produk inovasi hijau ini gagal diterjemahkan kepada tingkah laku amalan kehidupan harian mereka. Kejayaan sesuatu program yang berorientasikan pengguna adalah sangat bergantung kepada tahap pengetahuan dan penerimaan pengguna itu sendiri terhadap produk. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengembangkan pengetahuan secara teori dan empirik kefahaman mengenai penerimaan pengguna terhadap produk cekap tenaga dengan menilai dari aspek pengetahuan, niat membeli dan kesanggupan membayar pengguna. Bagi memahami masalah ini, teori sains tingkah-laku (Teori Penyebaran Inovasi, Teori Tingkah Laku Terancang, Teori Pengaktifan Norma dan Model Penerimaan Teknologi) telah diadaptasi untuk meramal niat membeli dan kesanggupan membayar pengguna terhadap produk cekap tenaga. Kaedah persampelan kelompok telah digunakan. Sejumlah 500 borang soal selidik telah diedarkan dengan 392 maklumbalas pengguna digunakan untuk analisis selanjutnya. Analisa logistik binomial mendapati lima faktor iaitu pendidikan, pendapatan, saiz isi rumah, label tenaga dan bil elektrik mempunyai korelasi yang kuat dengan pengetahuan tentang produk cekap tenaga. Manakala penilaian indeks mutlak bagi model berstruktur menunjukkan ciri-ciri model adalah baik dengan nilai lebih daripada 0.9 dan Root Mean Square Error Approximation (RMSEA) kurang daripada 0.08. Analisis model secara langsung mendapati faktor persepsi kebaikan produk merupakan faktor yang paling dominan mempengaruhi niat pengguna untuk membeli produk cekap tenaga. Bagi model secara tidak langsung, sikap sebagai mediasi dalam hubungan di antara persepsi kebaikan produk, norma subjektif dan tanggungjawab dengan niat membeli produk cekap tenaga. Daripada sampel, lebih kurang 42 peratus pengguna sanggup membayar 5 peratus lebih bagi produk cekap tenaga. Keputusan ini jelas menunjukkan bahawa nilai kesanggupan membayar terhadap produk cekap tenaga adalah jauh lebih rendah daripada harga pasaran sebenar. Pengguna yang mengetahui dan mengenali tentang label cekap tenaga mempunyai kesanggupan membayar lebih. Begitu juga bagi pengguna yang merasakan produk cekap tenaga memberi manfaat kepada individu dan persekitaran juga cenderung untuk bersedia untuk membayar lebih. Sebagai implikasi yang praktikal, persepsi pengguna tentang produk, sikap, pendidikan dan pengetahuan tentang label produk adalah penting kepada pengguna bagi membentuk minda yang lebih menggalakkan terhadap produk inovasi hijau. Inisiatif komunikasi yang membangunkan keyakinan pengguna tentang faedah produk pasti dilihat sebagai salah satu cara untuk menggalakkan tingkah laku pembelian pengguna. Kajian diharapkan dapat dijadikan asas yang strategik dalam usaha promosi berterusan kecekapan dan konservasi tenaga di Malaysia.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Ph.D.
Pages: 338
Call Number: TJ163.25.M3N647 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_104721+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.28 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.