Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514929
Title: Sistem pentadbiran dalam organisasi Islam : kajian terhadap the World Islamic Call Society
Authors: Ali Salih Ahmad Muhammad (P54878)
Keywords: Pentadbiran Islam
World Islamic Call Society - Administration.
Issue Date: 26-Apr-2013
Description: Sistem pentadbiran organisasi Islam yang membawa mesej samawi semestinya menjadikan wahyu sebagai asas rujukannya. Ia akan menggabungkan elemen ilmu, iman dan kemampuan untuk melaksanakan tugas, di samping memiliki akhlak yang luhur. Kajian ini menyentuh tentang sistem pentadbiran organisasi Islam dengan menjadikan The World Islamic Call Society sebagai sampel kajian. Terdapat berbagai organisasi dan pertubuhan Islam dalam dunia Islam kini yang memberi pelbagai sumbangan dan berperanan untuk memberi khidmat kepada Islam dan umatnya sama ada sebagai agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO's). Mereka bergerak berdasarkan halatuju yang telah ditetapkan oleh badan-badan berkenaan. Antara objektif kajian ini ialah mengenalpasti sistem pengurusan dan pentadbiran yang digunapakai dalam Pertubuhan The World Islamic Call Society di samping mengenalpasti ciri-ciri yang terkandung dalam sistem tersebut dari sudut perjawatan dan penggunaan teknologi maklumat. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dan analisis untuk menghasilkan petunjuk dan maksud yang terkandung dalam maklumat dan data yang diperoleh. Seterusnya ia digunakan untuk melihat kaitan antara pelbagai pemboleh ubah dan memberikan tafsiran yang munasabah mengenainya di samping membuat andaian masa depan melalui bahan dan maklumat yang dikaji tadi. Pengumpulan data dan maklumat dibuat berdasarkan soal selidik yang telah diperakui dalam ruang lingkup teori dan hipotesis kajian. Kajian ini mendapati sistem pentadbiran dan pembentukan dasar dalam organisasi The World Islamic Call Society dilaksanakan secara demokratik di samping terdapat galakan yang memberangsangkan oleh pihak pengurusan kepada kakitangannya untuk meningkatkan mutu kerja, badan tersebut menggunakan arahan kerja yang boleh menjamin pengurusan yang lebih lancar dan berkesan. Kajian ini juga mendapati bahawa roh sebenar dalam semangat setiakawan berbagai peringkat di kalangan kakitangan badan tersebut ialah roh persaudaraan Islam yang terjalin antara mereka. Kekurangan peranan wanita sebagai pembuat dasar dan keputusan telah membantutkan keberkesanan dalam hubungan mereka dengan masyarakat sasaran. Kajian ini mencadangkan lebih ramai kakitangan diberi peluang dalam membuat keputusan dan dasar demi keberkesanan gerak kerja di samping mereka dibenarkan memberi pendapat dalam membuat sebarang keputusan umum. Peningkatan kualiti kerja berasaskan teknologi maklumat dan penilaian prestasi yang berdaya saing seperti yang dilaksanakan dalam badan dan organisasi antarabangsa yang lain mesti dipertingkat sesuai dengan tuntutan arus perubahan dalam sistem pentadbiran terkini. The Islamic administrative system which conveys celestial message always takes wahyu (the revelations from Allah SWT) as its main form of reference. The Islamic system combines the element of knowledge, iman and skills in performing tasks while at the same time complete those works with commendable moral virtues. This study explores on Islamic administration system and The World Islamic Call Society is chosen as the sample case. There are numerous Islamic organizations and establishments which provide helps and services to Islam and its people as government agency or non-government organizations (NGO). Their work is based on the goals decided by the establishments. Among the objectives of this study is to identify the administration system used in The World Islamic Call Society. The study also identifies the elements used in the system from the perspectives of work and information technology. This study employs qualitative methodology and analyses to extract meanings and messages embedded in the information and data retrieved. The method is used to show the link between various variables and to give plausible explanations while at the same time, make future assumptions via the elements and information reviewed. The collection of data and information is done through structured survey which correlates with the study theoretical framework and hypotheses. This study found that the administration and policy system used in the World Islamic Call Society was democratically performed. Vis-à-vis, it also revealed that motivations were given by the management to its employee to improve work performance. The society has also used adequate work order that guarantees effective and efficient management. This study revealed that the true spirit in the teamwork among the employees at various levels was actually stemmed from the understandings of pure Islamic brotherhood relationships. Consequently, (this study also found that) lack of women€™s role as policy and decision makers has unfortunately, shortchanged the efficacy of the organization€™s connection with the targeted mass society. Therefore, this study suggests that workers should be given the opportunity to be involved in policy and decision-making. Such open approach will influence the efficiency of the work structure. Improved work quality based on information technology and work assessment need be more dynamic to be implemented in such international organizations thus, it can link well with recent changes in administrative disciplines.,Ph.D
Pages: 191
Call Number: BP10 .M845 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of West Asian Studies / Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84440+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.46 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.