Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514591
Title: Kepimpinan dan tadbir urus pengendali Takaful di Malaysia
Authors: Raja Rizal Iskandar Raja Hisham (P67230)
Supervisor: Mohd Rizal Palil, Prof. Madya Dr.
Keywords: Takaful
Tadbir urus
Kepimpinan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 7-Feb-2017
Description: Industri Takaful telah menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan dari segi produknya dalam pasaran dan Malaysia merupakan peneraju industri Takaful khususnya dalam pasaran ASEAN. Di sebalik kejayaan industri ini, ia masih berhadapan dengan pelbagai cabaran dan salah satunya adalah amalan tadbir urus yang tidak berkesan. Kajian-kajian lepas telah membincangkan bahawa kepimpinan yang berkesan boleh mengatasi permasalahan tadbir urus namun ia tidak disokong oleh bukti empirikal. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji peranan kepimpinan dalam mempengaruhi tadbir urus pengendali Takaful. Empat faktor telah dikenal pasti berdasarkan literatur sebagai anteseden kepada prinsip-prinsip tadbir urus iaitu; gelagat kepimpinan, kepimpinan Islam, kepimpinan kontingensi, dan trait personaliti. Peranan trait personaliti turut diberi perhatian dalam kajian ini kerana ia didapati berfungsi sebagai perantara berdasarkan literatur. Kajian ini mensasarkan kakitangan sepenuh masa pengendali-pengendali Takaful yang berdaftar di bawah Bank Negara Malaysia sebagai responden. Instrumen soal selidik telah digunakan dan 185 maklum balas telah diterima dan seterusnya dianalisis dengan menggunakan prosedur analisis statistik yang sesuai. Model kajian ini diuji dengan menggunakan kaedah Partial Least Squares-Structural Equation Modeling (PLS-SEM). Penemuan utama menunjukkan bahawa peranan kepimpinan adalah sangat penting kepada penambahbaikan tadbir urus pengendali Takaful di Malaysia. Pengujian analisis laluan menunjukkan bahawa kepimpinan Islam dan kepimpinan luar jangkaan merupakan peramal penting kepada prinsip-prinsip tadbir urus. Gelagat kepimpinan tidak memberi kesan kepada prinsip-prinsip tadbir urus dalam model kajian ini namun dapatan kajian menunjukkan bahawa gelagat kepimpinan mempunyai hubungan tidak langsung dengan prinsip-prinsip tadbir urus melalui trait personaliti. Oleh itu, kajian ini mengesahkan trait personaliti mempunyai peranan signifikan dalam perhubungan antara kepimpinan dan tadbir urus. Kajian ini menyumbangkan bukti empirikal menunjukkan bahawa kepimpinan memainkan peranan yang signifikan dalam meningkatkan amalan tadbir urus. Pengamal industri boleh mengaplikasikan model kajian ini untuk membentuk program latihan untuk kakitangan pengendali Takaful bagi memantapkan lagi kemahiran mereka dalam membuat keputusan dan seterusnya menangani permasalahan tadbir urus yang dihadapi oleh industri.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 249
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Malaysian and International Studies / Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97805+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
487.51 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.