Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514585
Title: Politik kebudayaan dan seni penentangan di Indonesia :kajian kes terhadap penyair Wiji Thukul
Authors: Muhammad Febriansyah (P38072)
Supervisor: Sumit K Mandal, Prof. Madya Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia-Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Poets
Indonesian-20th century.
Indonesian poetry-History and criticism.
Politics in literature|zIndonesia-History-20th century.
Indonesian literature-Political aspects.
Issue Date: 6-Aug-2012
Description: Tesis ini adalah dalam bidang politik budaya dengan tumpuan kepada seni penentangan yang diamalkan oleh aktivis seniman Indonesia pada masa Orde Baru (1966-1998). Salah seorang seniman yang menonjol dalam melakukan penentangan terhadap rejim tersebut ialah Wiji Thukul. Salah satu bait puisinya "Hanya satu kata: Lawan!" telah menjadi simbol penentangan dan mempersatukan para aktivis yang hendak menjatuhkan Orde Baru. Objektif kajian ini ialah melihat pelbagai kecenderungan seniman dalam melakukan tindak balas terhadap hegemoni pemerintah dan menjelaskan bagaimana kedudukan dan peranan seorang seniman di dalam politik penentangan, terutamanya penyair dan aktivis Wiji Thukul. Kajian ini secara khusus membicarakan mengapa penentangan Thukul terhadap rejim melalui seni dan aktiviti politiknya dilihat begitu kuat, sehingga ia menjadi korban penghilangan secara paksa oleh negara, dan kemudian menjadi simbol penentangan. Meskipun Thukul berasal dari kelas bawahan, tetapi kajian ini tidak mengabaikan aktivisme yang dilakukan oleh seniman kelas menengah pada masa Orde Baru. Berbeza dengan kajian-kajian lain mengenai seni penentangan yang lebih banyak membahas karya seni sahaja, kajian ini juga memberi penekanan terhadap aktiviti politik seniman, khususnya penglibatan mereka dalam gerakan politik. Teori hegemoni Gramsci digunakan sebagai kerangka pembimbing untuk menganalisis hubungan kuasa di antara pemerintah dan masyarakat, di mana seniman dan aktivis prodemokrasi berada di dalamnya. Melalui karya seni dan aktiviti politiknya, Thukul telah melancarkan suatu perjuangan kontrahegemoni terhadap Orde Baru. Selain itu, konsep budaya bisu dan upaya melakukan penyedaran (conscientization) hasil daripada pemikiran Paulo Freire, menjadi asas pergerakan para seniman aktivis. Oleh kerana itu, konsep tersebut juga membantu dalam melihat landasan berfikir seniman yang dikaji dalam tesis ini. Selain daripada menganalisis teks, kajian ini juga diperkaya dengan hasil temu bual mendalam dan pengamatan di lapangan. Tesis ini mendapati bahawa pada saat pergerakan politik mengalami tekanan yang kuat dari Orde Baru, seniman dan karya-karyanya dapat memainkan peranan penting di dalam melakukan kritik dan menentang kekuasaan. Namun bagi Thukul, kesenian yang menentang sahaja tidak boleh menjatuhkan sebuah rejim. Oleh kerana itu, ia melibatkan diri di dalam gerakan politik, sebuah langkah berani yang membezakannya dengan seniman-seniman lain pada masa itu. Setelah Thukul menjadi "orang hilang" mangsa Orde Baru, beliau kemudian menjadi simbol perjuangan melawan rejim itu bukan hanya kerana peranannya di dalam gerakan prodemokrasi, tetapi juga kerana kemampuannya menangkap imaginasi masyarakat, terutama para aktivis dan intelektual setelah Reformasi. Tesis ini menunjukkan bahawa skop ilmu politik tidak semestinya menekankan kepada kajian politik yang konvensional dan prosedural sahaja, tetapi juga boleh dan perlu memasuki bidang politik budaya yang semakin berkembang dalam khazanah ilmu dewasa ini. Tesis ini juga mengemukakan pentingnya peranan individu di dalam perjalanan sejarah suatu bangsa. Dari segi dasar, hasil kajian ini dapat dijadikan sebagai pengingat kepada persoalan orang hilang yang sampai saat ini masih menjadi salah satu isu hak asasi utama di Indonesia.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 135
Call Number: PL5227.F434 2010 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Malaysian and International Studies / Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120477+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.21 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.