Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514582
Title: Bandar raya berdaya huni dan ruang terbuka hijau (RTH) awam bagi interaksi mayarakat di Bandar Makassar kajian kes: Taman Macan dan Lapangan Karebosi
Authors: Mulyadi Guli (P86118)
Supervisor: Abdul Rahman Embong, Prof. Emeritus Dato' Dr.
Keywords: City planning -- Environmental aspects -- Indonesia -- Makassar
Sustainable development -- Indonesia -- Makassar
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 3-Jul-2018
Description: Konsep Bandar raya Berdaya huni di Indonesia untuk membangun keselesaan kehidupan bandar merangkumi beberapa segi iaitu: fizikal bandar, kualiti persekitaran, perhubungan, aksesibiliti, fasiliti, utiliti, ekonomi dan sosial. Salah sebuah komponen Bandar raya Berdaya huni ialah persekitaran, yang merangkumi ruang terbuka hijau (RTH). Di samping fungsi RTH sebagai paru-paru oksigen untuk bandar, terdapat fungsi sosial yang penting, iaitu memberi manfaat bagi sosialisasi dan kemajuan interaksi sosial masyarakat bandar. Bertolak daripada pemahaman ini, penyelidikan ini yang memfokus kepada bandaraya Makassar di Sulawesi Selatan, Indonesia bertujuan untuk: (1) Mengenal pasti dan menilai polisi, pelan dan strategi pemerintah dalam memastikan masyarakat mendapat manfaat penuh dalam memajukan perhubungan sosial di RTH; (2) Membincangkan konsep dan kriteria RTH kehala bandar raya berdaya huni yang diteri mapakai di Bandar Makassar; (3) Menganalisis penilaian masyarakat keatas RTH di Bandar Makassar. Kajian ini berpandukan perspektif Sosiologi Pembangunan manakala pendekatan kajian ialah kajian kes di dua buah RTH iaitu Lapangan Karebosi dan Taman Macan. Analisis kajian ialah berdasarkan data kualitatif menggunakan dokumen-dokumen pemerintah dan hasil interviu dengan informan. Hasil kajian menampakkan bahawa polisi dalam memajukan RTH dan perhubungan sosial adalah berperingkat, dimulakan dengan arahan daripada pemerintah pusat dengan Undang-undang Dasar (UUD) 1945 dan pelbagai undang-undang berkaitan, membawa kepada pelbagai polisi dan peraturan di peringkat provinsi dan kota di peringkat daerah. Kajian menunjukkan di Bandar Makassar, usaha untuk memperluaskan kawasan RTH masih rendah. Polisi pemerintah menetapkan 30 peratus bandar harus terdiri daripada RTH, tetapi dalam pelaksanaannya Makassar hanya baru memenuhi 8.46 peratus sahaja. Konsep pemajuan RTH yang ada di Bandar Makassar adalah bandar yang diisi oleh tumbuhan dan vegetasi (endemik, introduksi) guna menyokong manfaat langsung atau tidak langsung. Ini menunjukkan Pemerintah Bandar Makassar mesti berusaha maksimum bagi mencapai keperluan sebenar RTH. Strategi Pemerintah Bandar Makassar adalah memastikan perkongsian masyarakat, swasta, lembaga/badan, Pakar serta persendirian. Kriteria RTH kehala bandar raya berdaya huni yang diterima pakai di Bandar Makassar adalah kualiti penataan bandar, bilangan RTH, perlindungan bangunan bersejarah, kualiti kebersihan dan paras pencemaran persekitaran, ketersediaan dan kualitifasiliti rekreasi, tenaga elektrik, kualiti air bersih, laluan telekomunikasi, ketersediaan jawatan dan paras kemudahan tempat keja. Kajian ini menyimpulkan bahawa pelaksanaan RTH di Bandar Makassar belum lagi bersesuaian sepenuhnya dengan peraturan dan pelan yang sedia ada meskipun ia telah menyumbang kepada perhubungan asosiatif di kalangan masyarakat. Kajian ini boleh memberi sumbangan kepada korpus Ilmu Sosiologi Pembangunan umumnya dan khasnya kepada segi perancangan bandar dan peranan masyarakat dalam membangun RTH yang lestari.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah ,Ph.D.
Pages: 244
Call Number: HT334.I6M838 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Malaysian and International Studies / Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_107305+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
7.32 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.