Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514579
Title: | Analisis faktor penentu risiko dan hubungan antara risiko dan prestasi perbankan konvensional dan Islam di Malaysia dan Bahrain |
Authors: | Norazwa Ahmad Zolkifli @ Uda (P59546) |
Supervisor: | Hawati Janor, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Banks and banking -- Malaysia Banks and banking -- Bahrain Financial institutions -- Malaysia Financial institutions -- Bahrain Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 18-Jul-2018 |
Description: | Kajian ini adalah berkaitan dengan analisis risiko kewangan (risiko kredit, pasaran,kecairan dan risiko bukan kewangan (risiko operasi) terhadap perbankan Islam dan konvensional di dua buah negara iaitu Malaysia dan Bahrain. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor kecekapan pengurusan, faktor struktur modal, faktor struktur pinjaman dan saiz perbankan yang mempengaruhi risiko dalam perbankan. Di samping itu juga kajian ini diteruskan dengan menganalisis hubungan antara risiko dan prestasi. Penyata tahunan yang digunakan diperolehi dari laman sesawang bank yang terlibat serta maklumat tambahan diambil daripada Bankscope. Data dikumpulkan daripada penyata kewangan bagi 8 tahun bermula 2008 sehingga 2015 untuk menganalisis risiko yang digunakan di dalam kajian ini. Keseluruhan data yang diperoleh di analisis dengan menggunakan perisian E-view dan panel data analisis digunakan terhadap gabungan antara data siri masa dan keratan rentas. Hasil kajian mendapati bahawa faktor penentu risiko kewangan dan risiko bukan kewangan adalah berbeza antara perbankan di Malaysia dan perbankan di Bahrain. Faktor yang sangat mempengaruhi risiko kewangan ialah struktur modal, struktur pinjaman dan saiz perbankan. Manakala faktor yang sangat mempengaruhi risiko bukan kewangan ialah struktur modal. Hasil kajian mendapati risiko kredit dan risiko pasaran mempunyai hubungan yang positif dengan prestasi. Manakala risiko kecairan dan risiko operasi mempunyai hubungan yang negatif dengan prestasi. Kesemua perbankan menunjukkan bahawa risiko kewangan dan risiko bukan kewangan mempunyai hubungan yang sangat kuat dengan prestasi. Sumbangan kajian ini meliputi keseluruhan risiko kewangan dan bukan kewangan yang berlaku di dalam sistem perbankan di mana keputusan ini diharapkan akan dapat diguna pakai oleh pihak pengurusan dan individu atau organisasi yang terlibat supaya aktiviti perbankan dapat berjalan dengan lancar. Daripada kajian ini diharapkan perbankan mempunyai satu sistem pengurusan risiko yang mantap supaya Malaysia dan Bahrain dapat membangunkan ekonomi dan memperkenalkan satu sistem pengurusan risiko yang boleh diterima pakai oleh perbankan antarabangsa.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D. |
Pages: | 255 |
Call Number: | HG3300.6.A6N673 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Institute of Malaysian and International Studies / Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_107302+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.92 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.