Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514544
Title: Nilai optimum kontrak mudharabah dalam teori pengantara kewangan
Authors: Wan Norsyakila Wan Kamarudin (P60038)
Supervisor: Salmy Edawati Yaacob, Dr.
Keywords: Banks and banking -- Islamic countries
Issue Date: 14-Aug-2017
Description: Pengatara kewangan merupakan suatu sistem yang menyediakan keperluan yang sangat bernilai dalam membangunkan sistem perbankan sama ada konvensional mahupun Islam. Namun, dalam sistem pengantara kewangan konvensional menunjukkan kehadiran kos transaksi dan maklumat simetri adalah suatu masalah yang besar dalam teori pengantaraan kewangan. Bagaimanapun masalah tersebut dapat diselesaikan melalui perlaksanaan kontrak hutang sebagai saluran perkhidmatan dan transaksi dalam perbankan di mana melibatkan kehadiran kadar faedah. Namun, dalam sistem kewangan Islam, kadar faedah adalah diharamkan. Kajian ini mencadangkan mudharabah atau kontrak perkongsian untung sebagai alternatif kepada kontrak hutang bagi menghapuskan unsur kadar faedah.Walaupun terdapat banyak kontrak dalam sistem perbankan Islam, tetapi kajian ini akan memberi tumpuan kepada kontrak mudharabah sahaja. Peranan kontrak ini adalah untuk memudahkan perlaksanaan transaksi kewangan yang cekap dan telus. Selain itu, objektif kajian ini bertujuan menggabungkan mudharabah ke dalam teori pengantara kewangan dalam menilai serta mengukur prestasi perbankan Islam. Dengan menggunakan ROE dan ROA sebagai pengukur, kajian ini akan menentukan kestabilan sistem perbankan Islam melalui penilaian prestasi perbankan berdasarkan 16 buah bank Islam di Malaysia. Dapatan kajian ini menunjukkan; (i) Inovasi menggalakkan pembentukan produk-produk baru dalam industri perbankan Islam sekaligus meningkatkan penghasilan perkhidmatan yang lebih baik. (ii) Pelaburan merupakan salah satu saluran inovasi terbaru dalam sistem perbankan Islam (iii) Mudharabah mampu menjadi kontrak yang optimum serta dapat mengurangkan masalah kos transaksi dan ketidaksempurnaan maklumat dalam sistem pengantara kewangan. (iv) Membuktikan bahawa mudharabah sebagai kontrak perkongsian untung mampu membentuk nilai kepada bank-bank Islam dan menjadi pengukur bagi menentukan daya tahan dan kestabilan sistem perbankan Islam.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 130
Call Number: HG3368.A6W366 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Islam Hadhari / Institut Islam Hadhari (HADHARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_102168+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
851.82 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.