Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514541
Title: Kecenderungan tingkah laku penamaan wasi dalam kalangan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Authors: Mohd Musa Sarip (P59376)
Supervisor: Mohamad Sabri Haron, Prof. Madya Dr.
Keywords: Social security -- Malaysia
Issue Date: 24-Jun-2015
Description: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan pemboleh ubah sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku ditanggap dengan kecenderungan tingkah laku penamaan wasi dalam kalangan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Dalam kajian ini, Teori Tingkah Laku Terancang dijadikan sebagai asas teoritikal untuk mengkaji faktor pemula kepada kecenderungan tingkah laku penamaan wasi dalam kalangan pencarum KWSP. Teori Tingkah Laku Terancang berhipotesis bahawa penentu serta merta tingkah laku adalah kecenderungan individu untuk melaksanakan atau tidak melaksanakan sesuatu tingkah laku. Kecenderungan tersebut dipengaruhi oleh tiga faktor iaitu sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku ditanggap. Pembentukan sikap meliputi sikap kebaikan, sikap tanggungjawab dan sikap teknikal. norma subjektif meliputi dorongan dalaman dan dorongan luaran, sementara kawalan tingkah laku ditanggap yang dilihat adalah keberkesanan kendiri, kualiti perkhidmatan, kredibiliti korporat dan pendedahan kepada promosi. Responden kajian dipilih secara sampel bertujuan dan terdiri daripada 556 orang pencarum yang beragama Islam. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama untuk mendapatkan maklumat kajian. Hasil analisis mendapati kecenderungan tingkah laku penamaan wasi dalam kalangan pencarum adalah pada tahap tinggi. Tahap sikap, norma subjektif, kualiti perkhidmatan, kredibiliti korporat dan pendedahan kepada promosi adalah pada tahap sederhana. Manakala, ujian Anova dan ujian-t menunjukkan wujud perbezaan dari aspek sikap, norma subjektif dan kecenderungan tingkah laku dalam kalangan pencarum berdasarkan umur, pendapatan, pendidikan dan status perkahwinan. Keputusan pekali korelasi menunjukkan hubungan yang positif dan signifikan antara kecenderungan tingkah laku penamaan wasi dengan kesemua pemboleh ubah bebas. Analisis regresi berganda menggunakan kaedah 'stepwise' mendapati sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku ditanggap mempunyai korelasi serta memberi sumbangan secara signifikan terhadap kecenderungan tingkah laku penamaan wasi, dengan sikap memberi sumbangan yang paling besar berbanding pemboleh ubah lain.,Ph.D.
Pages: 275
Call Number: HD7222.6.M634 2015 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Islam Hadhari / Institut Islam Hadhari (HADHARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_102165+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.58 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.