Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514537
Title: Pemikiran dan Sumbangan Imam al-Juwayni Dalam Pembentukan Integriti Modal Insan di Malaysia
Authors: Mohd Fadzhil Mustafa
Supervisor: Prof. Madya Dr. Mohamad
Keywords: Imam al-Juwayni
Modal Insan
Integriti
Islam -- Doctrines
Issue Date: 28-Sep-2012
Description: Kajian ini secara khusus merupakan satu analisis secara usidl dan manhajl terhadap sumbangan usiil fiqh Imam al-Juwayni dalam pembentukan model integriti modal ins an (1M I) di Malaysia. la merangkumi dua aspek penting yang berjaya mencetuskan kelahiran nilai-nilai integriti (NNI) secara kulll iaitu melalui sibghah ilahiyyah dan aplikasi dawabit pemikiran usiil fiqh (DPUF) Imam al-Juwayni. Persoalan yang diketengahkan ialah sejauhmanakah perkaitan antara manhaj DPUF dan sibghah iliihiyyah dapat memberikan saham berharga ke arah pembentukan model 1M!. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji kategori-kategori nilai integriti Imam al- Juwayni yang mampu menyumbang ke arah pembentukan modal insan berintegriti di Malaysia. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menganalisis kesesuaian pemikiran integriti Imam al-Juwayni dalam konteks pembudayaannya di Malaysia secara teori dan praktikal. Lantaran itu, kajian ini lebih berbentuk kualitatif kerana banyak menggunakan kaedah kajian kepustakaan dalam pengumpulan data, termasuk juga temu bual dan sorotan terhadap manuskrip-manuskrip lama. Sementara metode- metode yang digunakan bagi menganalisis data-data terkumpul ialah metode induktif, deduktif dan komparatif. Di samping itu, kajian ini turut memantapkan manhaj analisis persejarahan dan kandungan teks. Akhimya, kajian ini mendapati perlunya pengstrukturan semula kategori nilai-nilai integriti yang diamalkan di Malaysia agar lebih menepati kehendak sebenar aplikasi dawabit yang berteraskan sibghah ildhiyyali dalam usaha mendepani masa depan ummah. Ini sekali gus menjadi hasrat dan harapan semua pihak bagi melihat pelaksanaannya berjaya melahirkan modal insan berintegriti secara kolektif dan bukan secara individu. Justeru, gagasan pemikiran usiil fiqh Imam al-Juwayni amat sesuai dijadikan model dalam konteks pembudayaan integriti modal ins an di Malaysia terutama sekali oleh badan-badan pelaksana pelan integriti nasional (PIN) dan pusat-pusat pengajian tinggi serta institusi-institusi so sial masa kini.,Doktor Falsafah
Pages: 319
Call Number: BP80.J89.M946 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Islam Hadhari / Institut Islam Hadhari (HADHARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_71367+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.15 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.