Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514531
Title: Pembentukan model risiko ketidakpatuhan syariah berasaskan kontrak dalam kewangan Islam
Authors: Nurul Syazwani Mohd Noor (P82400)
Supervisor: Muhammad Hakimi Mohd. Shafiai, Dr.
Keywords: Finance -- Religious aspects -- Islam
Banks and banking -- Religious aspects -- Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 12-Sep-2019
Description: Keperluan terhadap model risiko ketidakpatuhan Syariah bagi sistem pengurusan risiko kewangan Islam mula timbul apabila berlaku satu demi satu kes ketidakpatuhan Syariah dalam kontrak kewangan Islam sehingga mengakibatkan kerugian global. Namun demikian, isu berkaitan sumber risiko ketidakpatuhan Syariah dan model pengukurannya masih hangat diperdebatkan. Kajian ini bertujuan membincangkan sumber risiko ketidakpatuhan Syariah dalam kewangan Islam meliputi teori-teori asas Syariah bagi pembentukan modelnya serta menentukan kriteria indeks petunjuk risiko (key risk indicator) bagi pengurusan risiko ketidakpatuhan Syariah. Kajian ini berbentuk kualitatif grounded theory dengan menggunakan pendekatan kajian sejarah dan kajian kepustakaan. Analisis dokumen telah digunakan bagi proses pengumpulan data. Manakala, proses penganalisisan data dijalankan menerusi kaedah analisis kandungan bagi menjawab setiap objektif kajian. Sumber-sumber dokumen penting yang diteliti adalah seperti al-Qur'an, hadis, perbahasan majoriti ulama dari empat Mazhab utama iaitu Syafi'i, Hanafi, Maliki, dan Hanbali serta kajian-kajian ulama kontemporari yang dijadikan panduan dalam mengenal pasti sumber risiko dalam kewangan Islam. Penilaian berasaskan teori iaitu teori kewangan Islam, teori fiqh muamalat, dan teori kontrak dalam undang-undang Islam (Islamic Law of Contract) digunakan bagi meneliti sumber spesifik bagi terbitan risiko ketidakpatuhan Syariah. Manakala, penilaian berasaskan pendekatan kebarangkalian digunakan bagi membentuk model risiko ketidakpatuhan Syariah. Hasil kajian mendapati sumber risiko ketidakpatuhan Syariah berasal daripada sesuatu yang menyimpang dari keperluan pematuhan Syariah yang menyebabkan kontrak tidak sah. Tiga peringkat kesahan kontrak yang telah dikenal pasti menurut mazhab Hanafi adalah sah, terbatal (batil), dan boleh diperbetulkan (fasid). Namun begitu, kajian menyimpulkan bahawa penggunaan batil dan fasid adalah peringkat paling sesuai untuk menggambarkan akibat mungkir Syariah (Shariah defaults) pada unsur-unsur kontrak iaitu sama ada pada lafaznya, perkara kontraknya, atau/dan pihak berkontrak yang menjadi sumber spesifik terbitan risiko ketidakpatuhan Syariah. Kajian juga mendapati bahawa pendekatan kebarangkalian melalui penganggaran model Binomial (Binomial model estimation) adalah sesuai digunakan bagi membentuk model risiko ketidakpatuhan Syariah berdasarkan peristiwa mungkir tidak bersandar (independent default events). Hasil kebarangkalian hanya perlu dikembangkan lagi menjadi andaian asas berdasarkan mungkir Syariah pada unsur-unsur kontrak sebagaimana asas teori. Pembentukan model ini didapati penting dalam menyumbangkan data baru bagi kriteria petunjuk risiko yang boleh diukur. Justeru, kriteria indeks petunjuk risiko ketidakpatuhan Syariah yang berhasil disepakati adalah seperti; relevan, boleh dibuat perbandingan, boleh diramal, mudah dipantau, dan boleh diaudit. Secara keseluruhan, implikasi dasar kajian ini merupakan satu penambahbaikan kepada dasar pengawalseliaan Syariah yang menjalankan pemantauan dalaman dan luaran secara berkala berkaitan pematuhan Syariah dalam operasi institusi kewangan Islam.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D.
Pages: 224
Call Number: HG187.4.N837 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Islam Hadhari / Institut Islam Hadhari (HADHARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118246+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
16.77 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.