Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514528
Title: Kefahaman masyarakat Islam tentang doktrin dan amalan syiah di Malaysia
Authors: Mohamed Fairooz Mohamed Fathillah (P75275)
Supervisor: Ahmad Munawar Ismail, Prof. Madya Dr.
Keywords: Shīʻah -- Doctrines -- Miscellanea
Shīʻah -- Malaysia -- Miscellanea
Shiites -- Malaysia -- Miscellanea
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2018
Description: Kepesatan perkembangan aliran Syiah di seluruh dunia kesan daripada beberapa krisis di Timur Tengah telah mempengaruhi masyarakat Islam di Malaysia. Perkembangan ini menjadi semakin serius apabila mereka berani dan lantang menyuarakan bantahan terhadap fatwa berkaitan pengharaman ajaran Syiah. Kajian ini bertujuan untuk menganalisa sejauh mana perkembangan gerakan Syiah di Malaysia; mengenalpasti tahap kefahaman masyarakat Islam terhadap akidah Ahli Sunah Waljamaah; mengenal pasti tahap kefahaman, persepsi dan kesedaran terhadap sebaran doktrin dan amalan syiah dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia; menganalisa persepsi penganut Syiah Melayu terhadap ahli Sunah Waljamaah; dan mengenal pasti amalan serta aktiviti penganut Syiah semasa. Bagi mencapai objektif ini, metode kajian kualitatif dan kuantitatif telah digunakan. Pengumpulan data adalah melalui instrumen soal selidik, temu bual dan analisa dokumen. Seramai 1628 orang responden di seluruh Malaysia telah terlibat dengan kajian ini. Seramai 8 orang individu yang telah dikenalpasti daripada kalangan tokoh Syiah, pengamal ajaran Syiah dan penyelidik ajaran Syiah telah ditemubual.Data kajian telah dianalisa secara deskriptif menggunakan min dan sisihan piawai. Analisa dapatan kajian menunjukkan gerakan Syiah di Malaysia sudah meluas dan tersusun dengan pertambahan bilangan pengikut setiap tahun. Pengikut ajaran ini telah menzahirkan kewujudan mereka melalui penubuhan Majlis Syiah Malaysia (MSM). Kewujudan gerakan baharu dalam fahaman Syiah iaitu Ansar al-Imam al-Mahdi membuktikan fahaman ini semakin berkembang dan menyebarkan pengaruhnya dalam masyarakat. Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman, persepsi dan kesedaran terhadap sebaran doktrin dan amalan syiah dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia adalah sederhana rendah, iaitu (min=2.23, sp=0.93). Masyarakat Islam secara umumnya menerima Syiah sebagai ajaran yang terseleweng dari Ahli Sunah Waljamaah namun masih ramai di kalangan masyarakat yang belum dapat membezakan dengan jelas antara ajaran Syiah dan Ahli Sunah Waljamaah sehingga mengundang kekeliruan kepada mereka dalam mencari kebenaran. Dapatan kajian ini diharap dapat membantu merangka dasar baru pendidikan akidah juga dapat membantu pihak majlis agama dalam menangani penularan pengaruh Syiah di tanah air.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D.
Pages: 292
Call Number: BP194.M634 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Islam Hadhari / Institut Islam Hadhari (HADHARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118243+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
27.84 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.