Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514525
Title: Perhubungan di antara peranan mentor, hubungan mentor-menti dan kejayaan kerjaya menti dalam perkhidmatan awam, Malaysia
Authors: Nor 'Ain Abdullah (P78481)
Supervisor: Azman Ismail, Prof. Madya Dr.
Keywords: Mentoring in the professions
Interpersonal relations
Organizational behavior
Civil service -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 27-May-2019
Description: Penelitian terhadap kajian literatur terkini berkaitan dengan pementoran berdasarkan perspektif Islam dan empirikal merumuskan bahawa mentor mempunyai dua peranan yang sangat penting: fungsi kerjaya dan fungsi psikososial. Keupayaan mentor melaksanakan peranan tersebut secara teratur dalam program pementoran dapat membantu meningkatkan kejayaan kerjaya menti. Dapatan kajian yang dijalankan baru-baru ini mengetengahkan bahawa keberkesanan peranan hubungan mentor-menti sebagai pemboleh ubah penyederhanaan antara peranan mentor dan kejayaan kerjaya menti telah terabai dalam kajian pementoran. Hal ini sejajar dengan isu yang berlaku dalam program pementoran yang dilaksanakan dalam perkhidmatan awam, Malaysia yang mendapati bahawa terdapat pasangan mentor dan menti yang telah dilantik gagal menamatkan program pementoran dengan jayanya disebabkan oleh kegagalan mereka membina hubungan yang baik sepanjang program pementoran dijalankan. Oleh yang demikian, tujuan kajian ini adalah untuk menilai hubungan mentor-menti sebagai pemboleh ubah penyederhanaan dalam perhubungan antara peranan mentor dan kejayaan kerjaya menti. Data kajian ini diperolehi daripada 136 menti yang terdiri daripada penjawat awam yang mengikuti program pementoran dalam perkhidmatan awam Malaysia, dengan menggunakan kaedah kaji selidik. Keputusan pengujian hipotesis melalui analisis model laluan Smart Partial Least Squares (SmartPLS) telah menghasilkan empat dapatan penting: pertama, perhubungan di antara fungsi kerjaya dengan hubungan mentor-menti memberi impak terhadap kepuasan kerjaya menti. Kedua, perhubungan di antara fungsi kerjaya dengan hubungan mentor-menti memberi impak terhadap motivasi kerjaya menti. Ketiga, perhubungan di antara fungsi psikososial dengan hubungan mentor-menti memberi impak terhadap kepuasan kerjaya menti. Keempat, perhubungan di antara fungsi psikososial dengan hubungan mentor-menti tidak memberi impak terhadap motivasi kerjaya menti. Kajian menyediakan implikasi yang penting kepada badan ilmu, kaedah penyelidikan dan pengurusan organisasi.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D.
Pages: 242
Call Number: HF5385.N637 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Islam Hadhari / Institut Islam Hadhari (HADHARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118240+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
27.71 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.