Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514523
Title: Perhubungan di antara kepimpinan transformasi, pemerkasaan psikologi, dan perilaku positif terhadap kerja dalam kalangan pekerja di Lembaga Tabung Haji Malaysia
Authors: Nurshahira Ibrahim (P80441)
Supervisor: Azman Ismail, Prof. Madya Dr.
Keywords: Personnel management -- Religious aspects -- Islam
Personnel management -- Malaysia
Lembaga Urusan dan Tabung Haji
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 18-Jan-2019
Description: Menurut kajian literatur terkini yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia berdasarkan perspektif Islam dan empirikal merumuskan bahawa kepimpinan transformasi mempunyai empat dimensi yang sangat penting: pengaruh ideal, pertimbangan individu, rangsangan intelektual dan inspirasi motivasi. Keupayaan pengurusan melaksanakan fungsi tersebut secara teratur dalam pekerjaan harian dapat mempengaruhi pemerkasaan psikologi. Lanjutan daripada itu, dapatan kajian-kajian lepas mengetengahkan bahawa perhubungan antara kepimpinan transformasi dengan pemerkasaan psikologi dapat membantu meningkatkan perilaku positif pekerja. Sungguhpun sifat perhubungan ini telah banyak dikaji, namun peranan pemerkasaan psikologi sebagai pemboleh ubah pengantara yang penting adalah terabai dalam kajian literatur kepimpinan organisasi. Ini menyokong isu yang berlaku di salah sebuah organisasi Islam di Malaysia yang mengetengahkan tentang isu berkaitan kepimpinan yang berlaku disebabkan tingkah laku/sikap/akhlak pekerja di organisasi tersebut yang kurang mengambil berat dalam menangani isu tersebut. Natijahnya, ia secara khusus menjejaskan kualiti perkhidmatan mereka dan kepada organisasi Islam umumnya. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengukur kesan pemerkasaan psikologi sebagai pemboleh ubah pengantara penting dalam perhubungan kepimpinan transformasi dan perilaku positif pekerja. Kaedah soal selidik telah digunakan untuk mengumpul 340 borang soal selidik yang diisi dengan lengkap oleh pekerja yang berkhidmat di Lembaga Tabung Haji seluruh Malaysia. Keputusan pengujian hipotesis mendapati bahawa pemerkasaan psikologi bertindak sebagai pemboleh ubah pengantara yang penting dalam perhubungan antara kepimpinan transformasi dan perilaku positif pekerja. Kajian menyediakan implikasi yang penting kepada badan ilmu, kaedah penyelidikan dan pengurusan organisasi. Dari segi implikasi terhadap teori, kajian ini mengesahkan bahawa keupayaan pengurus melaksanakan gaya kepimpinan transformasi secara teratur dapat meningkatkan pemerkasaan psikologi. Natijahnya, keadaan ini dapat dan meningkatkan perilaku positif pekerja dalam organisasi. Dari segi aspek pemantapan kaedah penyelidikan, data borang soal selidik yang digunakan dalam kajian ini telah mencapai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Keadaan ini berupaya menghasilkan dapatan yang tepat dan boleh dipercayai. Akhir sekali, perakuan-perakuan yang disyorkan oleh kajian ini boleh digunakan sebagai panduan kepada pengamal untuk memahami kerumitan konsep pengurusan kepimpinan dan merangka pelan-pelan tindakan strategik bagi meningkatkan dan mengekalkan prestasi dan daya saing organisasi dalam era globalisasi.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah ,Ph.D.
Pages: 323
Call Number: BP173.77.N837 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Islam Hadhari / Institut Islam Hadhari (HADHARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118239+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
421.31 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.