Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514522
Title: | Migrasi dan impaknya terhadap perkembangan Islam di Sabah |
Authors: | Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin (P79506) |
Supervisor: | Ibnor Azli Ibrahim, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Islam -- Malaysia -- Sabah -- 21st century Da'wah (Islam) Emigration and immigration Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 10-Apr-2018 |
Description: | Migrasi manusia bukanlah satu perbahasan yang baharu. Migrasi manusia telah pun berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. menerusi peristiwa Hijrah. Peristiwa tersebut telah menjadi titik tolak terhadap perkembangan Islam dalam segenap aspek tamadun manusia. Migrasi manusia tidak berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. sahaja. Tetapi berterusan dan dihadapi diseluruh dunia sehingga kini. Sabah merupakan salah sebuah negeri di Malaysia yang turut berdepan dengan fenomena migrasi. Seperti mana di awal perkembangan Islam di zaman Rasulullah s.a.w., Islam di Sabah juga menghadapi pelbagai kekangan di awal perkembangannya. Fenomena migrasi yang berlaku memperlihatkan kekangan tersebut dapat diatasi apabila Islam mulai berkembang dalam segenap aspek sama ada politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Oleh itu, kajian ini bertujuan menganalisis impak fenomena migrasi merangkumi migrasi ekonomi, migrasi dakwah dan migrasi keamanan terhadap perkembangan Islam di Sabah. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan pendekatan kepustakaan dan lapangan. Bagi pendekatan kepustakaan, instrumen analisis kandungan digunakan bagi mendapatkan data-data dari sumber-sumber bertulis yang berautoriti seperti buku, artikel jurnal, prosiding, tesis, laporan badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan dan sebagainya. Bagi pendekatan lapangan, instrumen temu bual dan pemerhatian digunakan. Instrumen temu bual mendalam separa berstruktur digunakan bagi mendapatkan maklumat daripada individu-individu yang mempunyai kredibiliti dalam memberikan maklumat diperlukan. Pemerhatian juga dilakukan di kawasan-kawasan terpilih yang mencerminkan perkembangan Islam seperti masjid dan surau, penempatan migran keamanan dan ekonomi, sekolah dan aktivitinya dan sebagainya. Data-data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan disusun secara tematik. Kajian mendapati bahawa fenomena migrasi yang berlaku telah memberikan impak terhadap perkembangan Islam di Sabah. Bermula dengan peningkatan masyarakat Islam daripada minoriti kepada majoriti hasil daripada proses dakwah terhadap non-Muslim dan kedatangan migran Islam dalam skala yang besar. Selanjutnya sokongan mereka telah menyumbang kepada kemenangan politik Muslim sekali gus mengangkat Islam menjadi agama rasmi negeri. Dengan demikian ia memberi impak secara menyeluruh apabila Islam mendapat kedudukan dalam segenap aspek perkembangan Islam di Sabah sama ada politik, ekonomi, pendidikan, perundangan, institusi masjid dan surau, dan sebagainya. Dapatan ini menunjukkan migrasi dapat diaplikasikan sebagai salah satu medium dalam mengembangkan Islam. Kajian ini diharapkan menjadi titik tolak kepada kajian-kajian migrasi dari sisi pandang agama yang berlaku di Malaysia amnya dan Sabah khususnya di masa akan datang.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah' ,Ph.D. |
Pages: | 325 |
Call Number: | BP63.M42S46 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Institute of Islam Hadhari / Institut Islam Hadhari (HADHARI) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_111478+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 16.02 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.