Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514521
Title: Kesesuaian Kitab Barzanji sebagai medium dakwah dalam masyarakat Melayu
Authors: Ahmad Mujahid Abdullah (P63040)
Supervisor: Jawiah Dakir, Prof. Datin Paduka Dr.
Keywords: Islamic hymns
Islamic poetry
Arabic
Da'wah (Islam)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 28-Nov-2016
Description: Kedatangan Islam yang dibawa oleh bangsa Arab ke Asia Tenggara, tidak hanya berbentuk doktrin keagamaan yang praktikal pernah dilaksanakan khususnya dalam masyarakat Melayu, bahkan turut membawa budaya dan kesenian bangsa Arab sebagai uslub dakwah yang dominan dalam populasi Melayu sehingga ke hari ini. Antara warisan kesenian Arab yang masih menunjangi tradisi masyarakat Melayu sejak sekian lama adalah karya Maulid Barzanji. Maulid Barzanji atau Kitab Barzanji merupakan karya seni naratif yang mengisahkan sirah perjalanan Rasulullah SAW. Karya ini boleh dipadankan dengan pelbagai rentak bacaan, sesuai dibaca di majlis dan keraian tertentu. Walau bagaimanapun, muncul keraguan dan kebimbangan dalam masyarakat Melayu mutakhir ini tentang amalan dan kesahihan isi kandungan Kitab Barzanji. Maka penyelidikan ini dilaksanakan untuk mengabsahkan isi kandungan karya Barzanji dan menjelaskan penerimaan serta bentuk pengamalan masyarakat Melayu terhadap Kitab Barzanji. Untuk mendapat, memproses dan menganalisis maklumat, metodologi kajian persejarahan dan analisis kandungan dipadu secara sistematik. Daripada penyelidikan persejarahan, Kitab Barzanji dikenalpasti bersumberkan maklumat dan data persejarahan sirah Rasulullah SAW yang disaring mengikut metodologi persejarahan dan kesusasteraan bangsa cArab yang teoritik dan estetik. Terkesan dengan kaedah muÍaddithin dalam periwayatan hadith, Kitab Barzanji turut memaparkan maklumat dan data persejarahan sirah Rasulullah SAW yang dipetik daripada hadith yang ÎaÍaÍ, Íasan dan Ìaif serta terdapat naÎ-naÎ yang diambil dengan jalan istifaÌah (kemasyhuran)dan al-tasahul (kelonggaran) mengikut metodologi sejarawan (ikhbariyyin) seawal abad ke-2H lagi. Kitab Barzanji juga dikenalpasti turut menukilkan maklumat dan fakta persejarahan sirah Rasulullah SAW daripada al-Iraqiy (w.806H) dalam karyanya al-Maulid al-Haniy fa Maulid al-Saniy. Daripada sudut pengamalan masyarakat Melayu terhadap Kitab Barzanji, dapatan statistik deskriptif menjelaskan bahawa tahap populariti Kitab Barzanji adalah tinggi dengan nilai min (3.91). Sementara persepsi masyarakat Melayu terhadap Kitab Barzanji, dapatan menunjukkan bahawa responden yang menganggap Kitab Barzanji sebagai amalan tradisi yang baik berada pada tahap tinggi dengan nilai min (4.18). Kitab Barzanji sebagai bidcah (2.19) dan Kitab Barzanji sebagai shicah (2.26). Berdasarkan hasil penyelidikan ini, penulis menyusulkan cadangan agar Kitab Barzanji dibudayakan dalam masyarakat kerana tidak sahaja terkandung warisan kesenian Arab yang tulen, bahkan mengintegrasikan kesenian, sejarah dan dakwah Islamiyyah dengan uslub yang tersendiri.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah ,Ph.D.
Pages: 347
Call Number: BP183.5.A37 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Islam Hadhari / Institut Islam Hadhari (HADHARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_111476+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
10.91 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.