Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514520
Title: Penstrukturan semula konsep perniagaan Islam masa kini kajian menurut al-Quran dan al-Sunnah
Authors: Suwandi (P79560)
Supervisor: Muhammad Hakimi Mohd Syafiai, Dr.
Keywords: Business -- Religious aspects -- Islam
Business ethics
Economics -- Religious aspects -- Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 10-Jul-2018
Description: Perniagaan sekular yang berlaku saat ini sangat jauh berbeza dengan perniagaan mengikut syariah. Antara perbezaan yang paling kentara ialah; rationality versus wahy,self-interest versus huquq, utility versus maslahah, dan rationality versus taqwa. Melihat banyaknya perbezaan ini, maka kembali kepada perniagaan mengikut syariah adalah satu kemestian kerana secara doktrin umat Islam wajib berniaga mengikut syariah. Perniagaan berasaskan al-Quran dan al-Sunnah telah terbukti membawa Rasulullah SAW dan para sahabat kepada suatu kejayaan perniagaan, malahan ianya juga teruji membawa masyarakat Islam ketika itu kepada suatu perekonomian yang maju. Pertanyaannya 'Seperti apakah konsep perniagaan dan pasar mengikut syariah?,dan Bagaimanakah aplikasi semasa konsep perniagaan tersebut?' kerana di sisi lain keterbatasan pemahaman terhadap perniagaan Islam membuat ramai orang membatasi perniagaan Islam pada kajian perbankan dan kewangan serta sebahagian lagi menyamakan dengan fiqh al muamalah.Oleh itu, kajian ini bertujuan menganalisa secara kritikal dan komprehensif konsep perniagaan dan pasar Islam mengikut al Quran dan al Sunnah serta untuk mengenalpasti aplikasinya pada masa kini. Kajian ini ialah kajian deskriptif kualitatif. Kajian ini juga menggunakan kaedah kepustakaan (library research), pensejarahan (history research), perbandingan (comparative research) dan kaedah tafsir tematik serta kaedah temu bual separa (interview research). Kajian ini mendapati bahawa al Quran dan al Sunnah merupakan sumber yang utama (epistemology) bagi ilmu perniagaan Islam. Di dalam al Quran dan al Sunnah terdapat tiga konsep perniagaan iaitu halatuju (aksiologi) perniagaan Islam, prinsip-prinsip asas perniagaan Islam, dan etika perniagaan Islam yang terdiri dari etika pengeluar dan gelagat pengguna. Kajian ini pula mendapati bahawastruktur pasar Islam ialah pasar persaingan sempurna, namun pada keadaan tertentu pemerintah boleh turut campur sebagai pengawas (al muhtasib) bagi memastikan pasar berlaku secara adil, tidak berlaku sembarang kecurangan dan ini merupakan perbezaan asas antara pasar Islam dengan pasar sekular. Ahir sekali pengkaji merumuskan aplikasi semasa perniagaan Islam, di mana contoh perniagaan semasa yang telah mengamalkan konsep perniagaan Islam ialah syarikat waqaf korporat seperti waqaf sumur Raumah di Madinah dan Waqaf Johor Korporation (JCorp) di Malaysia, sedangkan perniagaan sekular dan sosial bisnes jauh berbeza dengan konsep perniagaan Islam. Oleh itu, implikasi daripada kajian ini ialah, menjadikan al Quran dan al Sunnah sebagai teras utama dalam pembinaan dan pengkajian perniagaan Islam adalah suatu kemestian. Pengkaji juga mencadangkan supaya perniagaan berasaskan waqaf terus dikembangkan kerana ianya telah terbukti sesuai syariah dan memberikan kejayaan perniagaan dalam jangka masa yang panjang. Akhir sekali, konsep perniagaan ini sebenarnya sesuai untuk diamalkan oleh peniaga Islam bagi menonjolkan nilai-nilai Islam dalam perniagaan masa kini.,Ph.D.
Pages: 191
Call Number: HF5388.S83 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Islam Hadhari / Institut Islam Hadhari (HADHARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_106629+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.96 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.