Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514518
Title: Model kepatuhan jurutera terhadap amalan etika dalam kerjaya kejuruteraan
Authors: Nooraini Sulaiman (P61117)
Supervisor: Azami Zaharim, Prof. Dr.
Keywords: Muslim engineers -- Religious life -- Malaysia
Engineers -- Religious aspects -- Islam
Engineering ethics
Works -- Religious aspects -- Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 18-Sep-2017
Description: Kerjaya jurutera penting kerana sumbangannya terhadap kemajuan negara sangat besar terutama dalam aspek pembangunan dan kesejahteraan hidup masyarakat. Kajian ini juga membincangkan permasalahan berkaitan etika jurutera dan bentuk salah laku yang telah dikenal pasti. Justeru, tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi kepatuhan jurutera terhadap amalan etika serta mengukur tahap faktor tersebut dalam kalangan jurutera di Malaysia. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti hubungan antara faktor serta menganalisis faktor yang mempengaruhi kepatuhan jurutera terhadap amalan etika. Kajian ini melibatkan 376 orang jurutera dalam pelbagai bidang kejuruteraan termasuk bidang elektrik, mekanik, kimia dan awam menggunakan kaedah persampelan kebarangkalian berstrata. Borang soal selidik yang telah dibina, diubah suai dan disahkan oleh pakar digunakan dalam kajian ini. Borang soal selidik mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A iaitu demografi, bahagian B berkaitan pengetahuan jurutera berkaitan etika dalam bidang kejuruteraan dan bahagian C berkaitan faktor yang mempengaruhi kepatuhan jurutera terhadap amalan etika iaitu faktor diri sendiri 5 item, faktor disiplin dan peraturan di tempat kerja 5 item, faktor persekitaran 5 item, faktor agama 5 item dan faktor pengalaman 5 item. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Nilai kebolehpercayaan bagi setiap item kajian ialah α = 0.627 hingga 0.920. Hasil analisis deskriptif mendapati majoriti jurutera bersetuju bahawa faktor agama menyumbang 87.8% kepada kepatuhan jurutera terhadap amalan etika iaitu pada tahap cemerlang. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara faktor yang mempengaruhi kepatuhan jurutera terhadap amalan etika. Faktor disiplin dan peraturan di tempat kerja dan faktor persekitaran paling berhubung secara positif dan signifikan (r= 0.606, p= 0.000). Ujian t mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina terhadap tahap kepatuhan jurutera terhadap amalan etika. Ujian ANOVA pula mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan persepsi jurutera berdasarkan umur dan tempoh bekerja terhadap tahap kepatuhan jurutera terhadap amalan etika. Penemuan kajian ini mengesahkan faktor seperti diri sendiri, persekitaran, disiplin dan peraturan, agama dan pengalaman adalah penting dalam mempengaruhi kepatuhan jurutera terhadap amalan etika. Kajian ini dapat menyumbang idea baru kepada para akademik dan penggubal dasar dalam usaha menerapkan pengetahuan, kesedaran agama dan nilai etika kepada jurutera dalam usaha memartabatkan kerjaya kejuruteraan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 239
Call Number: TA157.N63 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Islam Hadhari / Institut Islam Hadhari (HADHARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_106627+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.61 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.