Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514515
Title: Konsep tingkah laku beragama berdasarkan metode nubuwwah
Authors: Nor Nazimi Mohd Mustaffa (P80676)
Supervisor: Aminuddin Basir, Prof. Madya Dr.
Keywords: Tingkah laku
Beragama
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 1-Jun-2018
Description: Tingkah laku beragama merupakan tingkah laku yang dilakukan oleh seseorang berdasarkan keyakinan kepada Tuhan dan juga kepercayaan agama yang dianuti olehnya. Ia merupakan penyataan kehidupan beragama dan kesedaran beragama seseorang terhadap agama yang diyakininya. Bagi seorang Muslim, tingkah laku beragama bukan hanya berhubungan dengan aspek ketuhanan bahkan merangkumi aspek nilai kemanusiaan yang merangkumi aktiviti sosial, ekonomi dan politik. Namun begitu, dewasa ini masyarakat Islam berhadapan dengan pelbagai isu negatif dalam tingkah laku beragama yang merosakkan masyarakat Islam dan juga imej ajaran agama Islam itu sendiri. Pelaksanaan tingkah laku beragama yang bertentangan dengan ajaran Islam yang suci jelas berlaku dalam kalangan masyarakat Islam. Perkara ini kian meruncing dalam kalangan masyarakat Islam pada masa kini dan memberi kesan buruk kepada individu, masyarakat dan Negara. Ditambah pula dengan pelbagai isu dalam pendidikan dan dakwah yang berhadapan dengan cabaran arus kemodenan globalisasi pada masa kini. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengkaji konsep tingkah laku beragama berdasarkan metode Nubuwwah dan mengklasifikasikan metode Nubuwwah yang dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W dalam membangunkan tingkah laku beragama. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis dokumen terhadap kitab turath dan buku kontemporari. Kitab turath yang digunakan adalah terdiri daripadda kitab sirah, kitab bersanad, al-Quran dan tafsirannya berserta hadith dan huraiannya. Buku kontemporari pula terdiri daripada buku psikologi, kaunseling dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan tajuk kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat empat proses yang telah dilakukan oleh Baginda iaitu membina kepercayaan, penyebaran wahyu, menanam keyakinan dan mendidik. Proses ini pula dilakukan oleh Baginda melalui tiga metode iaitu berhikmah, nasihat yang baik dan berdebat dengan baik. Proses pembangunan tingkah laku beragama dan metode yang diguna oleh Rasulullah S.A.W dikenalpasti melalui perubahan tingkah laku masyarakat Arab Jahiliyah sebelum dan selepas Nubuwwah. Setelah meneliti proses pembangunan tingkah laku beragama dan metode yang telah digunakan oleh baginda, maka kajian ini mengklasifikasikan metode Nubuwwah dalam membangunkan tingkah laku beragama kepada tiga iaitu memurnikan akidah, mendidik dengan pendidikan Islam dan melazimi tingkah laku beragama. Ketiga-tiga metode ini memberi implikasi kepada bidang pendidikan dan dakwah pada masa sekarang dalam membangunkan tingkah laku beragama masyarakat Islam.,Ph.D.
Pages: 247
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Islam Hadhari / Institut Islam Hadhari (HADHARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_105389+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
10.49 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.