Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514514
Title: Pengukuran kemampanan sosioekonomi berdasarkan metodologi TSR
Authors: Nurul Hilmiyah (P74997)
Supervisor: Mohd. Hakimi Mohd Shafiai Ahmad, Dr.
Keywords: Economics -- Religious aspects -- Islam
Issue Date: 12-Feb-2018
Description: Teori Kapitalisme dalam sistem ekonomi masa kini telah mewujudkan masalah sosioekonomi dalam masyarakat. Salah satunya ialah krisis dalam sistem kewangan yang berpaksikan riba. Faedah bank serta orientasi keuntungan maksimum adalah punca utama krisis kewangan 2008 yang menjadi kegagalan sistem kewangan kapitalis. Oleh itu, sistem ekonomi kapitalis yang berteraskan konsep pasaran bebas telah membawa kepada ketidakstabilan ekonomi yang membawa kepada isu kemampanan sosioekonomi. Ini dapat dilihat melalui jurang pendapatan yang tidak seimbang di dalam masyarakat yang membawa kepada isu kemiskinan. Dalam konteks Malaysia, isu sosioekonomi pasca krisis ialah wujudnya peningkatan pengangguran, inflasi, kemiskinan, perbezaan agihan pendapatan, serta pengurangan akses pendidikan berkualiti dan kesihatan. Isu yang timbul daripada krisis ini telah menjejaskan kemampanan sosioekonomi rakyat. Di dalam Wawasan 2020, kerajaan Malaysia telah menetapkan bahawa indikator negara maju ialah mengikut acuan sendiri dan kesejahteraan masyarakat merupakan salah satu agenda penting. Oleh itu, pembangunan sosioekonomi masyarakat yang membawa kepada kelestarian dan kemaslahatan telah dititik beratkan. Di dalam ekonomi Islam, kemampanan atau kelestarian yang ingin dicapai perlu berpaksikan konsep Tawhid. Oleh itu, objektif utama kajian ini ialah untuk menganalisa kemampanan sosioekonomi masyarakat mengunakan indikator Tawhid. Konsep Tawhid berperanan sebagai pengawal dan penyeimbang dalam mewujudkan kemampanan sosioekonomi yang hakiki. Teori dinamik pembangunan Ibnu Khaldun juga digunakan untuk mengukur kemampanan sosioekonomi masyarakat dengan pembolehubah perkhidmatan asas masyarakat, pembangunan modal insan, aspek ekonomi, infrastruktur awam, dan aspek alam sekitar dalam satu model kemampanan sosioekonomi berpaksikan Tawhid. Kajian ini bersifat deskriptif dan eksploratif dengan menggunakan analisis kualitatif dan kuantitatif melalui metodologi Islam yang berasaskan konsep Tawhid. Metodologi ini mengandungi 3 premis iaitu complexity dan endogeinity, participatory among agent, dan wellbeing function dalam pembentukan model kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ukuran kemampanan sosioekonomi melalui pendekatan Tawhid berada pada paras 70.23, yang bermaksud prestasi dan pencapaian kerajaan Malaysia dalam konteks Tawhid adalah baik walaupun tidak mendekati nilai sempurna. Pengukuran ini juga boleh diamalkan pada peringkat antarabangsa sama ada negara Islam ataupun negara bukan Islam. Ianya juga dapat menyumbang kepada aspek metodologi kajian akademik dalam bidang ekonomi Islam sebagai salah satu implikasi kajian.,Ph.D.
Pages: 311
Call Number: BP173.75.N877 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Islam Hadhari / Institut Islam Hadhari (HADHARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_102171+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
13.02 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.