Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/514513
Title: | Pembentukan model toleransi beragama dalam kalangan belia pelbagai etnik |
Authors: | Khadijah Muda (P72369) |
Supervisor: | Khairul Anwar Mastor, Prof. Dr. |
Keywords: | Religious tolerance -- Islam |
Issue Date: | 20-Nov-2017 |
Description: | Agama adalah isu yang paling sensitif dan mudah melibatkan konflik kerana ia melibatkan kepercayaan dalam keseluruhan kehidupan. Justeru itu, toleransi dalam beragama perlu dipupuk dari awal agar semua masyarakat menghormati kepercayaan penganut agama lain. Pelbagai kajian berkenaan toleransi beragama telah dijalankan. Namun, kajian berkenaan pembentukan model toleransi beragama atau kaitan antara toleransi beragama dan ciri-ciri personaliti seseorang masih kurang diberi tumpuan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi membentuk model toleransi beragama yang sepadan dalam kalangan belia di Malaysia. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti konstruk dan tahap toleransi beragama iaitu persepsi, sikap, kesediaan, pengalaman dan tingkahlaku belia, mengenal pasti tahap tret personaliti keterbukaan, mengenal pasti hubungan antara pembolehubah persepsi, sikap dan kesediaan dalam model toleransi beragama, menentukan model toleransi beragama yang sepadan untuk belia pelbagai komuniti agama di Malaysia, dan mengenal pasti faktor jantina, etnik, agama, umur, tahap pendidikan, pengalaman, tret personaliti keterbukaan, penglibatan dalam persatuan pelbagai kaum, bilangan rakan kaum lain, kekerapan menghubungi rakan daripada kaum lain, dominasi kaum di tempat kediaman, tempat dibesarkan dan amalan keagamaan sebagai moderator kepada sikap, persepsi dan kesediaan dalam bertingkahlaku toleransi beragama. Rekabentuk kajian ini adalah keratan rentas, menggunakan pendekatan kaedah penyelidikan kuantitatif. Sampel kajian dipilih secara rawak berstrata dan soal selidik diedar kepada 500 orang belia antara 15 hingga 24 tahun di pusat beli belah utama di negeri Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Melaka dan Perak. Soal selidik Toleransi Sosio-agama digunakan untuk mengukur toleransi agama dan Neurotism-Extraversion-Openness FFI untuk mengukur tret personaliti keterbukaan. Data dianalisis secara diskriptif, statistik inferensi dan persamaan model berstruktur (SEM). Hasil dapatan menunjukkan instrumen toleransi beragama mencapai tahap kesepadanan iaitu item dan konstruk yang dicadangkan sesuai digunakan, namun beberapa item dan konstruk kesediaan perlu dibuang. Hubungan antara konstruk persepsi dan sikap menunjukkan perkaitan yang kuat. Konstruk pengalaman bukan moderator bagi sikap dan persepsi dengan tingkahlaku. Tahap toleransi beragama responden kajian berada pada tahap yang tinggi. Konstruk-konstruk bagi toleransi beragama seperti persepsi, sikap dan kesediaan berada pada tahap yang tinggi. Namun bagi pengalaman dan tingkahlaku berada pada tahap yang sederhana. Faktor-faktor demografi yang menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam toleransi beragama adalah etnik, agama, penglibatan dalam persatuan pelbagai kaum, jenis kaum di tempat kediaman, bilangan rakan kaum lain dan kekerapan menghubungi rakan kaum lain. Implikasi kajian ini, masyarakat Malaysia perlu lebih didedahkan lagi dengan pergaulan dan interaksi antara kaum atau penganut agama lain.,Ph.D. |
Pages: | 219 |
Call Number: | BP171.5.K483 2017 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Institute of Islam Hadhari / Institut Islam Hadhari (HADHARI) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_102170+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 9.75 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.