Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513698
Title: Perhubungan antara pengurusan ganjaran berdasarkan prestasi, keadilan interaksi dan sikap pekerja
Authors: Mohd Ridwan Abd Razak (ZP02505)
Supervisor: Azman Ismail, Prof. Madya Dr.
Keywords: Penilaian prestasi
Pengurusan organisasi
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 13-Oct-2019
Description: Dalam era globalisasi, organisasi sentiasa berusaha untuk meningkatkan daya saing dan produktiviti supaya kekal relevan dalam persekitaran perniagaan. Pengurusan ganjaran berdasarkan prestasi merupakan salah satu fungsi penting dalam pengurusan organisasi bagi mencapai matlamat organisasi. Pengurusan ganjaran berdasarkan prestasi bukan sahaja mampu meningkatkan daya saing dan produktiviti organisasi, malah ia mampu menarik, mengekal dan memotivasikan pekerja yang kompeten dalam organisasi. Walaubagaimanapun, kajian tentang pengurusan ganjaran berdasarkan prestasi ini seringkali mengabaikan kepentingan keadilan interaksi sebagai pemboleh ubah pengantara, dalam perhubungan antara pengurusan ganjaran berdasarkan prestasi (komunikasi dan penilaian prestasi), dengan sikap pekerja (kepuasan kerja dan komitmen organisasi). Pengabaian kepentingan keadilan interaksi sebagai pemboleh ubah pengantara menyebabkan timbul perasaan ketidakadilan dalam kalangan pekerja. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengukur peranan keadilan interaksi sebagai pemboleh ubah pengantara dalam perhubungan antara pengurusan ganjaran berdasarkan prestasi dengan sikap pekerja. Bagi mencapai objektif ini, teknik persampelan bertujuan telah digunakan untuk mengumpul soal selidik daripada 450 orang pekerja yang berkhidmat melebihi lima tahun di Pos Malaysia Berhad. Hasil analisis data menggunakan perisian SmartPLS mendapati bahawa perhubungan antara pengurusan ganjaran berdasarkan prestasi dan keadilan interaksi berupaya meningkatkan sikap pekerja yang positif (kepuasan kerja dan komitmen organisasi) dalam organisasi kajian. Dapatan kajian ini telah memperakui dan menyebarluaskan saranan teori-teori dan dapatan kajian-kajian lepas tentang pengurusan ganjaran berdasarkan prestasi. Selain itu, kajian ini juga telah memantapkan kaedah penyelidikan melalui kesahan dan kebolehpercayaan intrumen kajian untuk mendapatkan dapatan kajian yang boleh dipercayai. Selanjutnya, peningkatan kecekapan organisasi dalam mengurus sistem ganjaran berdasarkan prestasi adalah satu inisiatif yang baik, agar produktiviti dan daya saing dapat ditingkatkan dalam era revolusi industri 4.0.,Ph.D
Pages: 193
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Graduate School of Business / Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_126244+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.33 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.