Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513623
Title: | Penggunaan sistem kawalan pengurusan dan prestasi pembiayaan perkongsian untung rugi perbankan Islam di Indonesia |
Authors: | Ataina Hudayati (P31304) |
Supervisor: | Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan |
Keywords: | Penggunaan sistem kawalan Sistem kawalan pengurusan Sistem kawalan prestasi pembiayaan perkongsian untung rugi Perbankan Islam Indonesia Banks and banking--Religious aspects--Islam |
Issue Date: | 28-Feb-2011 |
Description: | Amalan pembiayaan perkongsian untung rugi di perbankan Islam dianggap masih rendah walaupun kontrak perkongsian untung rugi merupakan konsep asas bank Islam. Sorotan karya mendapati sikap terhadap risiko dan pembelajaran organisasi di perbankan Islam merupakan punca rendahnya amalan ini. Kajian ini bertujuan melihat hubungan sistem kawalan pengurusan (SKP) dengan sikap terhadap risiko dan pembelajaran organisasi untuk meningkatkan prestasi pembiayaan perkongsian untung rugi. Konsep SKP yang digunakan dalam kajian ini adalah penggunaan sistem pengukuran prestasi (SPP) secara diagnostik, penggunaan SPP secara interaktif dan tegangan dinamik penggunaan SPP. Prestasi pembiayaan perkongsian untung rugi pula dilihat dari sudut kuantiti dan kualiti pembiayaan. Kajian ini menggunakan kaedah survei. Soal selidik dikirimkan kepada pengurus bahagian pembiayaan cawangan bank Islam di Indonesia. Sebanyak 99 soal selidik telah dikembalikan. Dengan menggunakan analisis Partial Least Square, kajian mendapati bahawa penggunaan SPP diagnostik berpengaruh negatif kepada sikap terhadap risiko, dan berpengaruh positif kepada pembelajaran organisasi manakala penggunaan SPP interaktif berpengaruh positif kepada sikap terhadap risiko dan kepada pembelajaran organisasi. Tegangan dinamik penggunaan SPP pula berpengaruh positif terhadap pembelajaran organisasi. Selanjutnya, temuan kajian menunjukkan bahawa penggunaan SPP diagnostik dan interaktif dapat mempengaruhi kuantiti pembiayaan perkongsian untung rugi melalui sikap terhadap risiko. Manakala ketiga jenis penggunaan SPP tersebut dapat mempengaruhi kuantiti dan kualiti pembiayaan melalui pembelajaran organisasi. Kajian ini juga mendapati bahawa sikap terhadap risiko berpengaruh positif terhadap kuantiti pembiayaan, namun tidak berpengaruh ke atas kualiti pembiayaan. Dengan demikian, jangkaan kajian bahawa sikap terhadap risiko akan berpengaruh negatif ke atas kualiti pembiayaan tidak terbukti. Sesuai dengan yang dijangkakan, pembelajaran organisasi berpengaruh positif kepada kuantiti dan kualiti pembiayaan. Kajian ini mengimplikasikan bahawa resource based view lebih menjelaskan peranan SKP dalam meningkatkan prestasi pembiayaan perkongsian untung rugi dibandingkan dengan teori agensi. Secara praktikal, kajian ini mengimplikasikan wujudnya peranan SKP sebagai sistem untuk mengawal kelakuan pengurus bank Islam dalam meningkatkan prestasi pembiayaan perkongsian untung rugi.,PhD |
Pages: | 209 |
Call Number: | HG3304 .A863 2011 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Graduate School of Business / Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74879+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.43 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.