Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513479
Title: Kerangka kerja sistem sokongan keputusan pengurusan tender berasaskan ontologi
Authors: Rosmayati Mohemad (P46473)
Supervisor: Abdul Razak Hamdan, Prof. Dr.
Keywords: Sistem sokongan keputusan
Pengurusan tender
Ontologi
Decision support systems
Issue Date: 18-Jan-2013
Description: Kerangka pengurusan tender merupakan proses yang besar dan terasing yang dilaksanakan dalam pelbagai industri seperti pembinaan, logistik, farmaseutikal dan perdagangan. Ia melibatkan pelbagai proses rumit yang membabitkan beberapa fasa membuat keputusan, yang mana setiap satunya memerlukan penglibatan ramai pembuat keputusan yang mempunyai kepentingan yang berbeza dan melibatkan penggunaan sejumlah besar dokumen tender yang tidak berstruktur. Proses tender pada masa kini mempunyai kekurangan untuk mengesahkan maklumat dalam dokumen tender secara automatik, maka maklumat yang terkandung dalam dokumen ini perlu diperiksa satu persatu. Dokumen tender mengandungi struktur yang tidak piawai dan maklumat yang tidak berstruktur menyebabkan ia sukar untuk ditaksir oleh pembuat keputusan. Oleh itu, Sistem Sokongan Keputusan (SSK) dalam pengurusan tender perlu bergantung kepada pengetahuan mendalam pakar domain untuk menganalisis dokumen tender secara manual bagi mengenal pasti maklumat yang tepat. Pengekstrakan maklumat secara manual ini tidak praktikal dan menjadikan pembangunan SSK suatu tugas yang kompleks. Banyak kajian lepas telah menggunakan ontologi dalam membantu proses pengekstrakan dengan mewakilkan pengetahuan tidak berstruktur ke dalam format berstruktur bagi sesuatu domain spesifik agar kekaburan maklumat dapat diselesaikan. Sehubungan itu, objektif utama yang digariskan dalam kajian ini adalah untuk mencadangkan sebuah kerangka kerja SSK pengurusan tender berasaskan ontologi yang berupaya mengekstrak maklumat relevan dalam dokumen tidak berstruktur bagi mempercepatkan dan memudahkan proses tender. Di samping itu, objektif kajian turut membangunkan model ontologi tender dan mereka bentuk enjin pengekstrakan-populasi ontologi. Metodologi kajian dibahagikan kepada pembangunan kerangka kerja, pembinaan model ontologi, pembangunan enjin pengekstrakan-populasi, pembangunan prototaip SSK Penilaian Tender Pembinaan berasaskan Ontologi (SSKO-NT) dan penilaian. Sebuah kerangka kerja SSK Pengurusan Tender Berasaskan Ontologi (SSKPTO) telah berjaya dibangunkan untuk memberi garis panduan kepada pakar tender dalam proses pengekstrakan maklumat dan pembuatan keputusan. Pengujian terhadap kerangka kerja tersebut memperlihatkan penerimaan pakar domain. Manakala, ketepatan model ontologi tender yang dibangunkan dinilai berdasarkan pemeriksaan ketekalan secara automatik dan kebolehgunaan ontologi dalam aplikasi prototaip SSKO-NT. Sementara itu, penilaian ketepatan hasil pengekstrakan maklumat adalah baik dengan memperoleh 100% kejituan, 91% dapatan semula dan 95% ukuran-f. Kerangka kerja SSKPTO bersifat generik yang boleh dibangunkan untuk SSK berasaskan dokumen di dalam bidang lain dengan melakukan perubahan pada struktur ontologi mengikut domain spesifik yang berkaitan.,Ph.D
Pages: 354
Call Number: T58.62.R647 2013 3
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74770+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
5.05 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.