Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513478
Title: Penerimaan perisian permainan komputer pendidikan untuk pengaturcaraan topik gelung (ROBO-C) berasaskan model UTAUT-EG
Authors: Roslina binti Ibrahim (P43882)
Supervisor: Azizah Jaafar, Prof. Madya Dr.
Keywords: Perisian permainan komputer pendidikan
Topik gelung
Computer programming -- Design
Issue Date: 16-Apr-2013
Description: Permainan komputer pendidikan (PKP) dilihat berpotensi besar untuk pendidikan di alaf baru. Banyak kajian membincangkannya namun hanya tertumpu kepada aspek keberkesanan PKP tanpa mengkaji aspek penerimaan pelajar terhadap PKP. Kajian penerimaan pelajar berupaya memahami persepsi dan faktor-faktor yang menyumbang kepada penggunaan sesebuah teknologi baru seperti PKP. Tambahan pula, kajian keberkesanan PKP menunjukkan dua cabang dapatan iaitu berkesan dan tiada kesan. Jadi, adalah penting untuk memahami apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada penerimaan PKP bagi membantu kejayaan pembangunannya. Objektif utama kajian ini adalah reka bentuk dan penilaian faktor penerimaan PKP pelajar. Bahagian pertama adalah reka bentuk dan pembangunan PKP dalam talian (ROBO-C) untuk penilaian kendiri subjek Pengenalan Pengaturcaraan, topik Gelung. ROBO-C direka bentuk menggunakan kriteria reka bentuk PKP yang meliputi aspek permainan dan pendidikan. Seterusnya ia dibangunkan mengikut model pembangunan MPro-PKP, iaitu adaptasi beberapa model pembangunan bersesuaian. Bahagian kedua ialah kajian penerimaan pelajar menggunakan Model UTAUT-EG iaitu hasil ubahsuai dan lanjutan model penerimaan sistem maklumat, UTAUT. UTAUT-EG mencadangkan lapan faktor yang dijangka berhubung dengan niat penggunaan PKP. Data dikutip menggunakan borang soal selidik (9 konstruk, 37 item) terhadap 181 orang pelajar prasiswazah. Analisis data menggunakan kaedah deskriptif (SPSS 17.0) dan pemodelan persamaan struktural (SEM) iaitu AMOS 18.0. Dapatan kajian deskriptif menunjukkan persepsi pelajar adalah positif terhadap penggunaan PKP (mod dan median = 4.0) bagi setiap konstruk kajian. Analisis SEM menunjukkan empat faktor (penilaian kendiri, keseronokan, sikap dan peluang pembelajaran) menyumbang kepada niat penggunaan PKP ROBO-C. Pelajar juga mempunyai tahap efikasi diri yang tinggi dan tidak khuatir dalam penggunaan PKP. Ujian t sampel bebas diuji untuk memahami perbezaan antara kumpulan pelajar (jantina dan pengalaman permainan) terhadap empat faktor di atas. Model akhir UTAUT-EG mampu menerangkan sebanyak 73 peratus varians. Sumbangan kajian ini adalah (i) kriteria reka bentuk PKP, (ii) Model MPro-PKP, metodologi pembangunan PKP, (iii) model konsepsi PKP ROBO-C, (iv) prototaip ROBO-C, (v) Model penerimaan PKP, UTAUT-EG dan (vi) instrumen kajian penerimaan PKP. Sumbangan teoritikal kajian adalah perlanjutan model UTAUT terhadap model penerimaan PKP (UTAUT-EG) dan pengesahan secara empirikal. Sumbangan praktikal adalah faktor yang menyumbang kepada penerimaan pelajar terhadap PKP serta membantu pihak pentadbir universiti membuat polisi berkenaan PKP. Dapatan kajian ini penting bagi pembangun PKP lebih memahami faktor, latar belakang dan persepsi pelajar terhadap penerimaan PKP terutamanya bagi membantu proses reka bentuk PKP. Pihak pentadbiran kolej dan universiti juga boleh memanfaatkan dapatan kajian ini bagi membuat keputusan penggunaan PKP dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di masa hadapan.,Ph.D
Pages: 407
Call Number: QA76.76.R6794 2013 3
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74762+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
6.28 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.