Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513468
Title: Teknik perlombongan corak data terpencil-kerap (DTK) bagi pengesanan kerebakan wabak dalam pengawasan kesihatan awam
Authors: Zalizah binti Awang Long (P39771)
Supervisor: Abdul Razak Hamdan, Prof. Dr.
Keywords: Teknik perlombongan corak
Ddata terpencil-kerap (DTK)
Kerebakan wabak
Kesihatan awam
Data mining
Issue Date: 1-Mar-2012
Description: Sistem pengawasan kesihatan awam tertumpu kepada teknik pengesanan kerebakan wabak dan sumber data yang digunakan. Definisi kerebakan wabak adalah peningkatan kes di lokasi dan masa tertentu. Perubahan atau aberasi dalam taburan kekerapan data kesihatan jika dibandingkan dengan data lampau digunakan dalam mengesan kerebakan wabak. Kaedah ini memerlukan definisi operasi dan spesifikasi dalam aberasi bagi mengesan kerebakan wabak. Masalah yang diberi penekanan adalah kadar pengesanan palsu yang tinggi disebabkan oleh faktor teknik pengesanan dan sumber data. Definisi operasi bagi kerebakan wabak dan data dengan isyarat kerebakan wabak terhad. Tinjauan literatur mendapati, model proses kesihatan awam (CDC) mencatatkan bahawa kadar pengesanan palsu yang tinggi yang boleh mencetuskan amaran yang tidak tepat. Seterusnya ini mengakibatkan berlaku pembaziran sumber dari segi mobiliti dan mortaliti. Manakala domain rangkaian melihat keupaayaan teknik perlombongan data dalam mengesan pencerobohan. Model pengesanan pencerobohan (M3P) dilihat berjaya mengesan penceroboh dan juga mengenal pasti potensi berlakunya pencerobohan rangkaian. Maka penting untuk melihat pembangunan teknik yang boleh mempertingkatkan kadar pengesanan dan seterusnya mengurangkan pembaziran sumber dalam pengesanan kerebakan wabak. Dengan itu, objektif kajian ini (i) membangunkan model proses pengesanan kerebakan wabak menggunakan pendekatan CDC dan M3P bagi mengesan kerebakan wabak, (ii)Model proses dibangunkan dengan mengaplikasikan teknik perlombongan kekerapan dan perlombongan data terpencil. Gabungan teknik digunakan bagi mengesan kerebakan wabak. Pengesanan kerebakan wabak dilihat daripada nilai ambang (a) melebihi nilai garis asas (b) yang dijanakan melalui pengesanan data terpencil daripada kelompok data kerap. Objektif (iii) membawa kepada penjanaan petua bagi tujuan tindakan pakar epidemiologi memantau sumber dari segi motaliti dan mobiliti. Kajian melibatkan empat fasa. Fasa satu adalah kajian literatur. Fasa dua adalah penghasilan model proses pengesanan kerebakan wabak. Fasa ketiga adalah pembangunan dan uji kaji teknik data kekerapan(DK) dan data terpencil-kerap(DTK). Fasa empat merupakan uji kaji model pengesanan (MP2KW) menggunakan teknik DKT iaitu gabungan teknik DK dan DT bagi mengesan kerebakan wabak. Fasa III menggunakan 17 set data dari UCI. Data denggi diperoleh daripada Fakulti Sains Kesihatan (FSK), UKM dan pernafasan daripada AUTON LAB digunakan dalam fasa keempat. Prestasi keberkesanan yang baik setiap teknik diukur dengan kaedah ujian-t serta ROC. MP2KW melakukan penambahbaikan pada model proses CDC dalam komponen Pemprosesan Awal Data, Analisa, serta input bagi Siasatan Lapangan dan Forensik. Hasil uji kaji berdasarkan ujian-t, teknik DK dan DTK mampu mengesan data kerap dan data terpencil. Kajian kes dalam mengesan kerebakan wabak mendapati kadar pengesanan, prestasi keseluruhan menunjukkan teknik DTK boleh digunakan dalam mengesan kerebakan wabak. Sebagai kesimpulan MP2KW dengan teknik DTK berjaya mengesan kerebakan wabak dalam kedua kajian kes. Walaupun secara keseluruhan data pernafasan menghasilkan keputusan yang lebih baik berbanding data denggi. Ini kerana data pernafasan adalah data sintetik manakala denggi adalah data sebenar. Hasil daripada pengesanan kerebakan wabak, petua dijanakan bagi tujuan komponen Forensik dalam MP2KW. Petua yang dijanakan di bentangkan kepada pakar epidemiologi dan disahkan mempunyai nilai yang unik.,Ph.D
Pages: 235
Call Number: QA76.9.D343.Z338 2012 3
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74362+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
5.89 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.