Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513454
Title: Model Perkongsian Pengetahuan Dalam Organisasi Sektor Swasta Di Malaysia
Authors: Noorazah Md Noor (P49999)
Supervisor: Juhana Salim, Prof. Dr.
Keywords: Model Perkongsian Pengetahuan
Sektor Swasta Perkongsian Pengetahuan
Expert systems (Computer science)
Issue Date: 6-Sep-2013
Description: Perkongsian pengetahuan merupakan kesediaan pekerja untuk menyumbang pengetahuan kepada pekerja lain dan kemampuan beliau untuk mengumpul pengetahuan daripada pekerja lain dalam organisasi. Kajian lepas mendapati amalan perkongsian pengetahuan yang berjaya akan menggalak inovasi pekerja dan meningkatkan prestasi organisasi. Walau bagaimanapun terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perkongsian pengetahuan, antaranya adalah faktor manusia dan teknologi. Namun, penyelidik terdahulu lebih menumpukan kepada faktor tingkah laku individu, tanpa mengambil kira pelbagai aspek lain dalam perkongsian pengetahuan. Matlamat kajian ini adalah untuk membina dan mengesahkan model perkongsian pengetahuan sektor swasta (PPSS) yang menggabung dua pendekatan utama iaitu pendekatan teknikal dan bukan teknikal. Kajian ini bertujuan untuk memeriksa pengaruh individu, organisasi dan teknologi terhadap amalan perkongsian pengetahuan di kalangan pekerja serta hubungannya dengan inovasi dan prestasi organisasi sektor swasta di Malaysia. Tiga teori yang menyokong pembinaan model PPSS bagi memeriksa tiga faktor pengaruh adalah Social Capital Theory, Institutional Theory dan Adaptive Structuration Theory. Kajian ini menggunakan kaedah campuran yang melibatkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kaedah kuantitatif mengguna teknik soal selidik, manakala kaedah kualitatif mengguna teknik temubual. Borang soal selidik diedarkan kepada 582 responden di lima Syarikat Berkaitan Kerajaan sekitar Lembah Klang dan Selangor. Temubual dilakukan ke atas sepuluh responden yang terdiri daripada dua wakil bagi setiap organisasi. Sebanyak 323 (55.5%) soal selidik yang telah dikembalikan didapati boleh digunakan. Data dianalisa menggunakan SPSS bagi analisis deskriptif dan analisis demografi, manakala model disahkan menggunakan analisis Structural Equation Modelling. Kajian ini mendapati, pengaruh individu yang terdiri daripada faktor "berkongsi visi dan matlamat" dan "kepercayaan antara pekerja" mempengaruhi amalan perkongsian pengetahuan. Faktor lain yang didapati mempengaruhi amalan perkongsian pengetahuan dalam organisasi sektor swasta adalah "tugas saling bergantungan" dan "sokongan pengurusan atasan" bagi pengaruh organisasi dan "kesetiaan" bagi pengaruh teknologi. Kajian ini mendapati amalan perkongsian pengetahuan mempunyai hubungan yang signifikan dengan inovasi dan inovasi mempunyai hubungan yang signifikan ke atas prestasi organisasi. Empat daripada tujuh indeks fit memenuhi julat nilai yang ditetapkan. Pembentukan model kajian ini adalah sesuai dan diterima. Dalam menangani isu perkongsian pengetahuan, kajian ini menunjukkan bahawa organisasi perlu menggabungkan pendekatan teknikal dan bukan teknikal dalam melaksanakan amalan perkongsian pengetahuan agar wujud suatu fenomena perkongsian yang seimbang dan berkesan untuk menyokong inovasi pekerja bagi meningkatkan prestasi organisasi.,PhD
Pages: 227
Call Number: QA76.76.E95 .N645 2013 3
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_71635+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
5.15 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.