Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513421
Title: Model Penilaian Pengurusan Skop Projek Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Sektor Awam
Authors: Nor'Ashikin Ujang (P41018)
Supervisor: Abdul Razak Hamdan, Prof. Dr.
Keywords: Model Penilaian Pengurusan
Skop Projek Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)
Information technology projects-Mathematical models
Issue Date: 27-Aug-2013
Description: Peranan ICT amat penting dalam meningkatkan produktiviti dan perkhidmatan organisasi untuk berdaya saing. Faedah yang ditawarkan oleh ICT telah mengundang pelaburan yang tinggi bagi melaksanakan pembangunan projek ICT. Mengikut kajian industri, kurang daripada 40% projek ICT berjaya disiapkan dengan menepati tempoh masa, bajet, atau fungsian yang telah ditetapkan. Projek ICT yang tidak menepati tempoh masa, bajet atau tidak menghasilkan serahan yang memuaskan pihak berkepentingan projek akan mengakibatkan pembaziran sumber dan memberi kesan yang serius kepada keupayaan dan reputasi organisasi. Banyak kajian menunjukkan kegagalan projek ICT berpunca dari kelemahan pengurusan skop projek ICT. Projek ICT sering dibangunkan dengan skop projek ICT yang kabur, tidak lengkap, atau sering berubah, yang menyebabkan berlakunya rayapan skop, lampaui skop, atau pengecilan skop. Bersesuaian dengan permasalahan ini, satu mekanisme diperlukan untuk menilai pengurusan skop projek ICT. Bagi menghasilkan mekanisme tersebut, kajian ini menetapkan tiga objektif utama, iaitu: mengenal pasti elemen pengurusan skop projek ICT dan kriteria kejayaan bagi projek ICT; mengenal pasti faktor kejayaan kritikal pengurusan skop projek ICT yang menyumbang kepada kejayaan projek ICT sektor awam Malaysia; dan membangunkan model penilaian pengurusan skop projek ICT sektor awam berasaskan faktor kejayaan kritikal pengurusan skop projek ICT sebagai tanda aras penilaian. Model penilaian ini di bangun berdasarkan kepada pandangan dan dapatan dari tinjauan literatur, analisis dokumen, tinjauan soal selidik dan kajian kes. Hasil tinjauan literatur dan analisis dokumen menemukan empat belas elemen pengurusan skop projek ICT yang dikategorikan kepada tiga dimensi iaitu: projek, proses, dan manusia; dan menemukan tiga kriteria kejayaan, iaitu: memenuhi kepuasan pihak berkepentingan, menepati tempoh masa, dan menepati bajet projek ICT. Hasil analisis soal selidik menemukan lima faktor kejayaan kritikal pengurusan skop projek ICT, iaitu: komitmen pihak berkepentingan projek, kesempurnaan struktur perincian kerja, kerapian takrifan objektif dan justifikasi projek, ketepatan keperluan projek dan kecekapan kawalan perubahan. Penemuan dari analisis dokumen dan analisis soal selidik menjadi asas kepada pembangunan Model Penilaian Pengurusan Skop Projek ICT (P2SPICT). Model P2SPICT merangkumi faktor kejayaan kritikal pengurusan skop projek ICT, proses penilaian, tahap faktor kejayaan kritikal pengurusan skop projek ICT, tahap kejayaan projek ICT dan pangkalan data penilaian. Tiga kajian kes dikendalikan secara kerjasama dengan dua buah organisasi sektor awam di Malaysia bagi menilai dan mengesahkan Model P2SPICT yang dicadangkan. Hasil penilaian menunjukkan Model P2SPICT berupaya untuk menilai pengurusan skop projek ICT dan menentukan tahap faktor kejayaan kritikal pengurusan skop projek ICT serta tahap kejayaan projek ICT. Di samping itu, melalui pengaplikasian model ini, kajian berupaya mengesan kelemahan di dalam pengurusan skop projek ICT dan memberikan cadangan bagi menambah baik kelemahan tersebut supaya masalah rayapan skop, lampaui skop dan pengecilan skop dapat dielakkan atau di atasi. Kesimpulannya, tesis ini merumuskan bahawa Model P2SPICT merupakan model penilaian yang berpotensi dan boleh dipraktikkan untuk menilai pengurusan skop projek ICT sektor awam Malaysia.,PhD
Pages: 282
Call Number: T58.64 .N6475 2013 3
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_71556+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.4 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.