Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513400
Title: Kerangka perancangan kapasiti bagi kelestarian pusat data hijau
Authors: Sazrina Ramli (P86589)
Supervisor: Dian Indrayani Jambari, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Pusat data hijau
Kelestarian
Issue Date: 19-Apr-2019
Description: Pusat data berperanan penting sebagai nadi utama dalam sesebuah organisasi bagi memenuhi keperluan bisnes serta teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Namun keperluan bisnes semasa menuntut sumber pengkomputeran yang berkeupayaan tinggi sekaligus menyumbang kepada peningkatan bebanan kerja serta tahap kerumitan dalam operasi pusat data. Kesan peningkatan sumber pengkomputeran yang pesat bukan sahaja memberi impak kepada ekonomi global tetapi juga terhadap alam sekitar. Sehubungan dengan itu, inisiatif Hijau yang dilaksanakan secara berterusan dapat menyokong kepada pembangunan pusat data Hijau yang lebih cekap. Namun amalan kelestarian dalam mengekalkan persekitaran pusat data hijau (PDH) masih menjadi isu utama. Kajian sedia ada berkenaan perancangan kapasiti dalam pengurusan pusat data kebanyakannya bertumpu kepada pengukuran penggunaan kuasa elektrik serta penyejukan. Walau bagaimanapun perancangan kapasiti ke arah kelestarian perlu mengambil kira komponen PDH secara menyeluruh. Kajian lampau juga menunjukkan bahawa kaedah perancangan kapasiti pusat data sedia ada tidak menonjolkan dengan jelas kepentingan komponen PDH dan lestari secara bersepadu dalam membuat perancangan sumber secara holistik. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti komponen dan elemen utama yang menyokong kepada PDH, kelestarian serta strategi dalam membuat perancangan kapasiti PDH ke arah pengekalan amalan persekitaran Hijau yang sesuai. Kajian ini dijalankan secara kualitatif melalui pengesahsahihan daripada ulasan pakar bidang dan kajian kes. Pengumpulan data secara pensampelan bertujuan melalui temubual separa berstruktur, analisis kandungan dan pemerhatian telah dilaksanakan. Data dianalisis berdasarkan tema. Hasil analisis menunjukkan matlamat kajian dicapai melalui pengenalpastian tiga komponen utama iaitu PDH, kelestarian dan strategi kelestarian diikuti elemen-elemen yang menyokong setiap satu komponen ini. Kerangka yang dibangunkan telah disahkan oleh pakar bidang dan ditentusahihkan melalui kajian kes tunggal. Hasil kajian dapat dijadikan sebagai asas dan panduan praktikal kepada pengurus PDH untuk membuat perancangan kapasiti secara komprehensif ke arah kelestarian PDH.,Sarjana Sistem Maklumat
Pages: 226
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123457+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.43 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.