Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513364
Title: Model pengguna aplikasi tutoran web adaptif pintar
Authors: Rahmah Mokhtar (P42862)
Supervisor: Nor Azan Mat Zin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Application software
User interfaces (Computer systems)
Web-based instruction
Intelligent tutoring systems
Web-based user interfaces
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 16-Jul-2012
Description: Kewujudan Sistem Pembelajaran Adaptif Pintar Berasaskan Web (SPAPBW) dapat mengatasi masalah menggunakan paparan apa ada di depan mata, yang diaplikasi oleh kebanyakan Sistem Pembelajaran Berasaskan Web (SPBW). Pengadaptasian melalui gaya pembelajaran telah dibukti oleh pengkaji terdahulu berupaya meningkatkan tahap kefahaman pelajar. Namun ramalan gaya pembelajaran melalui soal selidik kurang sesuai kerana pengguna kurang ikhlas apabila menjawab soal selidik dan tidak menyedari mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Pengadaptasian pula selalunya dibuat selepas pengguna keluar dari sistem. Oleh itu, kajian ini mewujud satu model pengguna yang berkeupayaan meramal gaya pembelajaran secara berterusan tanpa disedari oleh pengguna dan pengadaptasian dilakukan secara masa nyata. SPAPBW diasaskan daripada tiga komponen utama, iaitu model pengguna, pangkalan pengetahuan dan enjin taakulan yang berasaskan teknik kepintaran buatan. Model pengguna mengenal pasti maklumat pengguna bagi tujuan pengadaptasian. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mereka bentuk model pengguna, membangunkan prototaip SPAPBW atau Aplikasi Tutoran Web Adaptif Pintar (ATWAP) yang dinamakan K-Stailo:A-Maths Tutor dan mengkaji keberkesanan aplikasi ini terhadap golongan sasaran. K-Stailo:A-Maths Tutor dibangunkan untuk pengajaran Matematik dalam topik peratusan. Kaedah Petua Pengeluaran-Kabur diguna untuk memodel pengguna berdasarkan gaya pembelajaran model Dunn dan Dunn, kognitif dan modaliti, iaitu global-visual, global-verbal, global visual-verbal, analitikal-visual, analitikal-verbal dan analitikal visual-verbal. Kaedah kajian berpandukan model prototaip cepat. Penilaian keberkesanan menggunakan kaedah kuasi-eksperimental menerusi praujian dan pascaujian. Responden terdiri daripada 30 orang pelajar menengah rendah. Pelajar ini dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu 15 orang kumpulan kawalan menggunakan sistem tutoran biasa Maths is Fun dan 15 orang kumpulan eksperimen menggunakan aplikasi K-Stailo:A-Maths Tutor. Min markah kumpulan kawalan adalah 47.7 dan min markah kumpulan eksperimen adalah 55.7. Hasil ujian t-berpasangan menunjukkan bahawa perbezaan ini adalah signifikan (p=0.009; α=0.05). Penilaian kepenggunaan K-Stailo:A-Maths Tutor menggunakan dua kaedah pengumpulan data, iaitu soal selidik dan pemerhatian. Berdasarkan praujian dan pascaujian, kumpulan eksperimen menunjukkan peningkatan markah yang lebih tinggi iaitu sebanyak 80%, sementara kumpulan kawalan hanya 60%. Maka K-Stailo:A-Maths Tutor adalah berkesan dalam membantu meningkatkan pencapaian pelajar berbanding aplikasi tutoran biasa. Penilaian kepenggunaan K-Stailo:A-Maths Tutor menggunakan dua kaedah pengumpulan data, iaitu soal selidik dan pemerhatian. Hasil penilaian menunjukkan K-Stailo A:Maths Tutor adalah aplikasi yang baik; iaitu berkesan (min peratusan=74%), mudah digunakan (min peratusan=78%) dan memuaskan (min peratusan=80.4%). Sumbangan penyelidikan ini ialah (i) K-Stailo, model pengguna yang menggunakan kaedah petua pengeluaran-kabur (ii) Model reka bentuk antara muka SPAPBW yang mewakili kebolehan ramalan gaya pembelajaran (iii) Petua-petua untuk meramal gaya pembelajaran dan (iv) Prototaip SPAPBW, ATWAP, K-Stailo:A-Maths Tutor yang terdiri daripada model pengguna, ontologi untuk perwakilan pangkalan pengetahuan dan enjin pengadaptasian.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 276
Call Number: QA76.9.U83R335 2012 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120402+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.6 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.