Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513329
Title: Model pengajaran bagi penyelesaian masalah pengaturcaraan berasaskan teori beban kognitif
Authors: Syahanim Mohd Salleh (P59317)
Supervisor: Zarina Shukur, Prof. Dr.
Keywords: Problem solving -- Data processing
Cognitive learning
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 30-Jun-2018
Description: Institusi pendidikan sering bermasalah melengkapi keperluan industri dalam melahirkan graduan yang mahir dalam pengaturcaraan. Analisis terhadap isu dalam pengajaran dan pembelajaran pengaturcaraan mendapati beban kognitif adalah masalah dasar yang dihadapi pelajar dalam bidang ini. Saranan semasa terhadap masalah ini lebih menumpu kepada aktiviti spesifik dan tidak memfokus kepada membina kemahiran penyelesaian masalah. Manakala bahan pengajaran pula tidak menjurus kepada pembangunan penyelesaian masalah dalam konteks masalah yang diberikan. Sokongan semasa dalam penyelesaian masalah dalam pengaturcaraan pula lebih mengkhusus kepada persekitaran dan bahasa pengaturcaraan yang tertentu. Ini menyebabkan sokongan yang dibina sukar diadaptasi dalam kursus pengaturcaraan lain. Matlamat kajian ini ialah membangunkan model pengajaran yang berasaskan teori beban kognitif bagi penyelesaian masalah dalam pengaturcaraan (PMdP) yang umum. Pembangunan model melibatkan tiga fasa iaitu (1) mengenal pasti isu dan selesaian semasa dalam penyelesaian masalah berasaskan pengaturcaraan, (2) mengenal pasti strategi selesaian melalui kajian terhadap teori pembelajaran dan (3) mereka bentuk model pengajaran bagi penyelesaian masalah berasaskan pengaturcaraan. Model yang dinamakan PEMANCAR ini dibangunkan dengan berpandukan syor strategi selesaian, komponen dan atribut daripada teori beban kognitif. Ia juga dilengkapi dengan atribut spesifik dalam penyelesaian masalah pengaturcaraan dan amalan terbaik pengaturcaraan iaitu pemahaman pengaturcaraan. PEMANCAR menggunakan pendekatan contoh-kerja sebagai sokongan utama bagi PMdP. PEMANCAR membantu pengajar kursus pengaturcaraan menghasilkan tiga output PMdP iaitu penyataan soalan tugasan, contoh-kerja dan pelan pengajaran berasaskan masalah. Kajian ini menggunakan dua topik daripada kursus Struktur Data bagi mengimplimentasi PEMANCAR iaitu Topik Timbunan dan Giliran. Penilaian PEMANCAR melibatkan dua tujuan; untuk mengesahkan kegunaan PEMANCAR dan untuk menguji keberkesanan contoh-kerja PEMANCAR. Bagi mengesahkan kegunaan PEMANCAR, kajian menggunakan kaedah kualitatif secara penilaian pakar yang melibatkan sembilan pengajar daripada IPT sekitar Lembah Kelang. Keputusan menunjukkan pengajar bersetuju PEMANCAR dapat memberikan rujukan penyelesaian masalah yang bermakna, lengkap dan berstruktur dalam membantu mereka merancang dan melaksanakan pengajaran PMdP yang selari dengan masalah yang diberikan. Bagi menilai keberkesanan contoh-kerja PEMANCAR, kaedah experimen yang melibatkan 100 orang pelajar FTSM digunakan. Hasil penilaian menunjukkan sokongan contoh-kerja yang bersesuaian berupaya membantu pelajar menyelesaikan masalah pengaturcaraan. Kesimpulannya, kajian ini berjaya menghasilkan model PMdP atau PEMANCAR bagi membantu pembelajaran dan pengajaran penyelesaian masalah dalam pengaturcaraan.,Ph.D.
Pages: 250
Call Number: QA63.S974 2018 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117894+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
10.46 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.