Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513320
Title: | Model reka bentuk gaya visual dan isyarat bukan lisan agen pedagogi berasas teori emosi dan beban kognitif |
Authors: | Liew Tze Wei (P70515) |
Supervisor: | Nor Azan Mat Zin, Prof. Dr. |
Keywords: | Multimedia Media programs (Education) |
Issue Date: | 3-Dec-2017 |
Description: | Penggunaan persekitaran pembelajaran multimedia yang merangkumi animasi, audio,gambar, interaksi dan video adalah satu cara untuk menukarkan kaedah pengajaran tradisional ke arah model pembelajaran yang inovatif dan global. Agen pedagogi boleh digunakan untuk menghasilkan kesedaran sosial manusia atau "kesan persona" dalam sistem pembelajaran multimedia. Walaupun faktor emosi dan beban kognitif adalah penting dalam pembelajaran multimedia, namun kesan gaya visual dan isyarat bukan lisan agen kepada emosi dan beban kognitif belum lagi dikaji. Justeru itu, tujuan kajian ini adalah untuk menghasilkan model reka bentuk agen pedagogi yang menghubungkan gaya visual dan isyarat bukan lisan agen kepada emosi pembelajaran, beban kognitif, motivasi, dan hasil pembelajaran. Tesis ini menggunakan pendekatan kajian gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Pengumpulan data kualitatif melalui laporan penilaian oleh pakar digunakan untuk mengesahkan prototaip multimedia yang memberikan pengajaran subjek pengaturcaraan C. Pakar juga mengesahkan gaya visual (kartun dan naturalistik) dan isyarat bukan lisan (positif dan neutral) agen pedagogi melalui laporan penilaian reka bentuk agen. Kajian tesis ini menguji hipotesis dalam cadangan model reka bentuk agen melalui kaedah kuantitatif iaitu proses eksperimen terkawal yang melibatkan pelajar diploma sebagai responden. Eksperimen I (n=144) dijalankan untuk mengkaji kesan gaya visual agen pedagogi (naturalistik dan kartun), manakala Eksperimen II (n=72) dijalankan bagi mengkaji kesan isyarat bukan lisan agen pedagogi (positif dan negatif) kepada emosi pembelajaran, motivasi, beban kognitif, dan hasil pembelajaran. Dapatan analisis ujian-t menunjukkan bahawa: 1) pelajar yang berinteraksi dengan agen kartun mengalami beban kognitif tambahan yang lebih tinggi dan signifikan berbanding pelajar yang berinteraksi dengan agen naturalistik dan 2) pelajar yang berinteraksi dengan agen berisyarat bukan lisan positif mengalami emosi positif, motivasi, dan hasil pembelajaran yang lebih tinggi dan signifikan berbanding dengan agen berisyarat bukan lisan neutral. Satu model reka bentuk agen pedagogi dihasilkan melalui perbincangan dapatan yang berasaskan teori pembelajaran kognitif afektif menggunakan media dan teori beban kognitif. Sumbangan pertama kajian ini adalah model reka bentuk agen pedagogi yang yang menghubungkan gaya visual dan isyarat bukan lisan agen kepada emosi pembelajaran, beban kognitif, motivasi, dan hasil pembelajaran. Model ini boleh dijadikan sebagai garis panduan untuk pereka multimedia dan guru untuk menghasilkan agen pedagogi yang efektif dalam persekitaran pembelajaran multimedia. Sumbangan kedua tesis ini adalah prototaip sistem pembelajaran multimedia dengan agen-agen pedagogi kartun, naturalistik, berisyarat bukan lisan positif, dan berisyarat bukan lisan neutral berdasarkan teori pembelajaran.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 188 |
Call Number: | LB1028.4L534 2017 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_100133+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 603.81 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.