Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/513213
Title: Model antara muka pengguna mengikut dimensi budaya Malaysia
Authors: Zurida Ishak (P62890)
Supervisor: Azizah Jaafar, Prof. Madya Dr.
Keywords: Antara muka
Dimensi budaya
Aplikasi komputer
Computer interfaces -- Malaysia
Issue Date: 15-Aug-2016
Description: Antara muka aplikasi komputer merupakan perantara interaksi di antara manusia dan komputer. Pengguna yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, latar belakang, kemahiran komputer dan budaya yang berlainan menggunakan aplikasi komputer dengan tujuan dan matlamat yang berbeza. Reka bentuk antara muka komputer yang mengikut spesifikasi pengguna dapat meningkatkan kepuasan, kecekapan dan kebolehgunaan sesuatu sistem komputer. Kajian antara muka yang dibuat oleh pengkaji sebelum ini banyak menggunakan dimensi budaya Hofstede yang lebih cenderung kepada budaya Barat dan mempunyai kekurangan dari segi penilaian antara muka kerana tidak mewakili populasi. Kebanyakan reka bentuk antara muka komputer dibangunkan mengikut ciri-ciri budaya masyarakat Barat. Oleh yang demikian, kajian ini mengkaji, mengenalpasti dan mengesahkan kecenderungan penggunaan antara muka mengikut dimensi budaya pengguna di Malaysia dan membangunkan reka bentuk antara muka mengikut budaya. Dimensi budaya masyarakat Malaysia dikenalpasti melalui kajian literasi, temu bual pakar dan kaji selidik, terdiri daripada lapan dimensi iaitu keharmonian, orientasi perhubungan, orientasi kumpulan, menghormati orang tua, komunikasi berkonteks tinggi, polikronik masa, rasa malu dan kepercayaan kepada Tuhan. Soalan kaji selidik dimensi budaya dan kecenderungan komponen antara muka dibangunkan dan diedarkan kepada 365 pelajar sekolah menengah. Analisis korelasi digunakan bagi mengesahkan hubungan di antara dimensi budaya dengan kecenderungan antara muka. Hasil maklumat daripada fasa analisis digunakan untuk membangunkan prototaip yang mengandungi reka bentuk antara muka budaya. Pengguna akan menggunakan dua jenis prototaip yang mempunyai reka bentuk antara muka yang berlainan dalam ujian kebolehgunaan. Keputusan menunjukkan terdapat kecenderungan terhadap kedua-dua prototaip ini dan menunjukkan bahawa pengguna dari dimensi budaya yang berlainan mempunyai citarasa reka bentuk yang berbeza. Pengesahan model dimensi budaya-reka bentuk antara muka diuji menggunakan SEM-PLS. Melalui pengesahan model ini, teori dimensi budaya-reka bentuk antara muka telah disahkan, sekaligus mengesahkan instrumen yang digunakan bagi pengumpulan data.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 339
Call Number: TK7887.5.Z837 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_82175+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
612.65 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.