Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500650
Title: Analisis gen protein F-box, pmfbk2 yang disasarkan oleh miR156a daripada persicaria minor dan pengenalpastian protein sasaran melalui kaedah yis dua-hibrid
Authors: Muhammad Izzat Ahmad Fauzi (P68834)
Supervisor: Ismanizan Ismail, Prof. Dr.
Keywords: Protein
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 24-Mar-2022
Description: Protein F-box (FBP) adalah keluarga protein dengan pelbagai domain interaksi protein-protein di terminal-C-nya yang bertindak sebagai reseptor dalam kompleks SCF ubikuitin ligase untuk mensasarkan protein untuk pendegradan. MikroRNA (miRNA) adalah kumpulan RNA kecil yang terlibat dalam penindasan gen melalui pemotongan atau pengubahsuaian transkrip RNA melalui interaksi perpasangan bes komplementari. Pengawalatur pasca transkripsi ini saling bertindak untuk mengaktifkan tindak balas terhadap tekanan dalam tumbuhan. Objektif penyelidikan ini adalah untuk menjelaskan fungsi FBP putatif yang disasarkan oleh miRNA dalam Persicaria minor. Melalui perisian in silico peramalan sasaran miRNA, Plant Small RNA Analysis Toolbox (psROBOT), sebanyak 2,838 pasangan komplementari miRNA-FBP telah diramal. Pemilihan pasangan ini dikurangkan lagi dengan skor pemilihan 2.5, dan akhirnya, lima pasangan FBP putatif dan pasangan miRNAnya (FBK2-miR156a, FBX6-miR396a, FBK-miR156a/c, FBK3-miR408 dan FBLRR10-miR398) telah dipilih untuk analisis selanjutnya. Tapak pemotongan transkrip telah disahkan melalui kaedah RNA Ligase-Mediated (RLM)-Rapid Amplification of cDNA Ends (RACE) yang terubah suai. Analisis pengekspresan relatif 10 gen ini telah dijalankan dengan kaedah PCR-kuantitatif masa sebenar (qRT-PCR), menggunakan sampel P. minor terawat dengan 100 μM Metil Jasmonat (MeJA) dan Asid Absisik (ABA). Secara keseluruhan, rawatan MeJA telah mengaruh peningkatan ekspresi miRNA dan penurunan ekspresi FBP yang signifikan pada 6 jam selepas rawatan manakala rawatan ABA telah menindas pengekspresan miRNA. Gen Protein F-box mengandungi domain ulangan Kelch 2 (FBK2) menunjukkan penurunan signifikan sebanyak satu gandaan dari sampel kawalan berbanding dengan gen-gen FBP yang lain dalam rawatan MeJA. Oleh itu, ia telah dipilih untuk analisis lanjutan. Jujukan penuh gen putatif FBK2 telah dikenal pasti dari P. minor dengan menggunakan RACE-PCR dan diberi nama sebagai Pm F-box containing kelch repeat 2, PmFBK2 (MH816963). Jujukan lengkap cDNA PmFBK2 mempunyai panjang 1255 pasangan bes (pb) dengan 1044 pb kerangka bacaan terbuka (ORF) yang mengekod 347 asid amino. Dari imbasan motif, protein PmFBK2 mengandungi motif F-box di terminal-N dan tiga motif Ulangan Kelch di terminal-C. Penyaringan Yis Dua-Hibrid (Y2H) telah dilakukan untuk mengenal pasti protein putatif yang berinteraksi dengan PmFBK2. Sembilan protein putatif; S-adenosil metionina sintase 2 (SAMS2), aldehida dehidrogenase (ALDH), fenilalanina ammonia-liase (PAL1), sisteina protease seperti-RD19A isoform X3 (CP), 2-oksoglutarate-bersandar dioksigenase seperti-DAO (2OGD), vinorina sintase (VS), 2-oksoisovalerate dehidrogenase subunit beta 1 (DIN4), reseptor gibberellin (GID1) dan alfa-L-arabinofuranosidase (ASD) telah berjaya dipencilkan dan ia mencadangkan peranan PmFBK2 dalam beberapa gerak balas berkaitan tekanan dalam tumbuhan. Melalui kajian ini, miR156a telah ditunjukkan menyasarkan protein F-box serta protein F-box, PmFBK2 telah ditunjukkan menyasarkan reseptor gibberellin, GID1 buat pertama kali. Ini mencadangkan peranan putatif miR156 dan PmFBK2 dalam tapak jalan pengisyaratan gibberellin.,Ph.D
Pages: 179
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130732+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.29 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.