Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500641
Title: | Biokomposit getah asli dan polietilena berketumpatan tinggi diperkuat mengkuang terawat silana |
Authors: | Wan Zarina Wan Mohamed (P72911) |
Supervisor: | Azizah Baharum, Ts. Dr. |
Keywords: | Latex Rubber Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 27-Oct-2021 |
Description: | Serabut mengkuang (Pandanus atrocarpus) (MK) berfungsi sebagai pengisi berpenguat di dalam biokomposit getah asli (NR) dan polietilena berketumpatan tinggi (HDPE). Biokomposit NR/HDPE/MK disediakan melalui kaedah pengadunan lebur menggunakan pengadun dalaman (Haake Rhoemix 600). Parameter pemprosesan yang optimum ditentukan pada suhu 135 °C, kelajuan rotor 50 rpm dan 15 minit masa pengadunan. Tujuan penyelidikan adalah untuk mengkaji prestasi mengkuang terawat silana di dalam biokomposit NR/HDPE. Oleh hal demikian, kesan saiz dan muatan MK yang dikaji mendapati kekuatan regangan dan modulus regangan optimum pada saiz 250 μm dan muatan 20% MK. Manakala hasil kajian pengaruh kandungan NR terhadap terhadap muatan 10% MK dan muatan 30% MK di dalam biokomposit menunjukkan kesan peningkatan muatan MK terhadap sifat mekanik biokomposit berkurang dengan pertambahan kandungan NR. Rawatan 0.5% v/v heksadesiltrimetoksisilana (HDS) ke atas permukaan (MK) dilakukan untuk meningkatkan kehidrofobikan MK. Ini dapat diperhatikan pada hasil ujian sudut sentuh menggunakan titisan air terhadap MK terawat HDS dan mikro selulosa terawat HDS masing- masing menunjukkan sudut sentuh 129°, 127°. Seterusnya kesan rawatan HDS terhadap MK dikaji dengan muatan 10%, 20%, 30% dan 40% pada komposisi NR/HDPE 60/40. Sifat mekanik, reologi dan kerintangan terhadap serapan air didapati meningkat dengan rawatan permukaan menggunakan HDS dalam biokomposit MK terawat (TMK). Manakala sifat terma pula tidak menunjukkan perbezaan yang ketara di antara TMK dan biokomposit tanpa rawatan HDS (UTMK). Pemeriksaan morfologi menggunakan FESEM terhadap TMK menunjukkan terdapat interaksi pada permukaan MK dan fasa matrik. Biokomposit TMK dan mikro selulosa terawat HDS (TC) dan biokomposit UTMK/mikro selulosa tanpa rawatan HDS (UTC) dikaji pada komposisi 20/00, 05/15, 10/10, 05/15 dan 00/20. Penambahan TC ke dalam TMK telah meningkatkan sifat mekanik, sifat reologi dan kerintangan terhadap serapan air berbanding biokomposit UTMK/UTC. Penambahan organo nano tanah liat jenis montmorilonite (OMMT) ke dalam TMK pula didapati meningkatkan terikan pada takat putus, kerintangan terhadap serapan air dan sifat reologi. Manakala modulus regangan biokomposit pula optimum pada komposisi TMK/OMMT 15/05. Peningkatan muatan OMMT didapati meningkatkan suhu kestabilan terma pada langkah penguraian kedua tetapi menurun pada langkah penguraian ketiga. Hasil kajian menunjukkan pengisi mikro selulosa terawat HDS lebih serasi bersama TMK berbanding pengisi OMMT dengan peningkatan sifat mekanik, kerintangan terhadap serapan air dan sifat reologi. Secara keseluruhan kajian pengubahsuaian permukaan serabut mengkuang menggunakan rawatan HDS menunjukkan kesan penambahbaikan biokomposit terhadap sifat mekanik, kerintangan terhadap serapan air dan reologi melalui peningkatan keserasian MK dengan fasa matrik NR/HDPE.,Ph.D |
Pages: | 176 |
Call Number: | TS1890.W343 2021 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Size | Format | |
---|---|---|---|
ukmvital_130637+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.4 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.