Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500609
Title: Pemprofilan sebatian fenolik dalam hibiscus sabdariffa var. UKMR-2 yang ditanam di bawah pengaruh faktor abiotik terpilih
Authors: Siti Aishah Mohd Ali (P84178)
Supervisor: Jalifah Latip, Prof. Madya Dr.
Keywords: Hibiscus sabdariffa
Roselle
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 22-Apr-2021
Description: Kajian pengaruh tekanan persekitaran terhadap respons penghasilan metabolit dalam tanaman dilakukan dengan merawat tanaman menggunakan faktor abiotik tertentu pada keadaan persekitaran terkawal. Beberapa kajian telah mengguna pakai faktor abiotik sebagai salah satu amalan agronomik yang mampu meningkatkan kadar pertumbuhan dan jumlah hasil tuaian kaliks rosel. Walau bagaimanapun, sehingga kini belum ada kajian saintifik yang melihat pengaruh faktor abiotik terhadap penghasilan metabolit sekunder terutama sebatian fenolik dalam rosel varieti UKMR-2. Oleh itu, objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis penghasilan sebatian fenolik dalam Hibiscus sabdariffa var. UKMR-2 yang ditanam di bawah pengaruh faktor abiotik terpilih (defisit pengairan, nisbah media tanah, aplikasi asid jasmonik dan peningkatan gas karbon dioksida). Kajian awal dijalankan bagi mengenal pasti indeks kematangan umur optimum kaliks dengan kandungan fenolik yang tinggi semasa penuaian. Seterusnya, penanaman di bawah faktor abiotik terpilih dilakukan dalam rumah hijau bagi mengawal keadaan persekitaran. Kajian pengaruh faktor abiotik terpilih terhadap kandungan sebatian fenolik dalam kaliks pada kematangan optimum dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif masing-masing menggunakan analisis kandungan fenolik jumlah serta kandungan antosianin jumlah dan kromatografi cecair prestasi tinggi – pengesan foto-diod. Selain itu, aktiviti antioksidan kaliks juga ditentukan berdasarkan ujian pemerangkapan radikal bebas 2,2-difenil-1-pikrilhidrazil (DPPH). Kandungan metabolit sekunder kaliks juga dikenal pasti berdasarkan analisis pencapjarian metabolomik menggunakan spektroskopi resonans magnetik nukleus (NMR) dan spektroskopi inframerah manakala analisis kemometrik diguna pakai sebagai kaedah diskriminasi ke atas faktor abiotik terpilih. Hasil kajian menunjukkan kematangan umur optimum kaliks yang tinggi kandungan sebatian fenolik dan aktiviti antioksidan adalah pada 28-30 hari selepas antesis. Kajian kadar pengairan dan nisbah media tanah yang sesuai sebagai sistem kawalan persekitaran adalah 1.72 L/pokok/hari dan menggunakan nisbah media tanah 2:1:1 v/v/v (tanah:bahan organik:pasir). Selain itu, rawatan pendedahan kepada 800 μmol/mol gas karbon dioksida selama dua jam setiap hari sepanjang proses penanaman dapat meningkatkan kandungan sebatian fenolik dan aktiviti antioksidan dalam kaliks UKMR-2. Sebaliknya, penggunaan asid jasmonik (0.5 mM dan 1 mM) memberi kesan negatif terhadap penghasilan sebatian fenolik dan aktiviti antioksidan dalam kaliks UKMR-2. Analisis kuantitatif pula berjaya mengenal pasti delfinidin-3-O-sambubiosida, sianidin-3-O-sambubiosida, asid klorogenik, asid kaffeik dan asid askorbik, masing-masing memberi nilai tertinggi iaitu 3.18, 1.39, 0.63, 0.20 dan 1.03 mg/g berat kering. Kaedah pencapjarian berasaskan NMR berjaya mengenal pasti 37 sebatian daripada kelas asid organik fenolik dan bukan fenolik, antosianin, flavonoid, karbohidrat, asid askorbik dan asid lemak dalam kaliks UKMR-2. Analisis kemometrik pula berjaya mendiskriminasi rawatan (dengan nilai R2 dan Q2 masing-masing dalam julat 0.941 – 0.980 dan 0.856 – 0.949), di mana rawatan peningkatan [CO2] mempengaruhi penghasilan kandungan asid fenolik, asid organik, flavonoid, antosianin dan asid askorbik, manakala aplikasi asid jasmonik mempengaruhi penghasilan kandungan antosianin, flavonoid, asid organik dan karbohidrat. Kajian ini merumuskan sekiranya UKMR-2 ditanam mengikut spesifikasi faktor abiotik di atas, varieti rosel ini berpotensi menjadi bahan mentah berkualiti bagi industri makanan, nutraseutikal, farmaseutikal dan sebagainya kerana menghasilkan kandungan sebatian fenolik dengan aktiviti antioksidan yang tinggi.,Ph.D
Pages: 244
Call Number: QK495.M27.S568 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_128713+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.13 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.