Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500602
Title: | Sedimentologi dan stratigrafi beberapa batuan jura-kapurdi Pahang, Terengganu dan Johor |
Authors: | Khor Wei Chung (P89521) |
Supervisor: | Kamal Roslan Mohamed, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Sedimentology Stratigraphy Sandstone Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 29-Nov-2020 |
Description: | Penyelidikan sedimentologi dan stratigrafi unit-unit Jura-Kapur telah dijalankan di lima kawasan iaitu 1) Maran (Konglomerat Lanis dan Batu Pasir Mangking), 2) Kuala Tahan (Batu Pasir Mangking), 3) Teriang (Batu Pasir Bertangga), 4) Gagau (Batu Pasir Lutong), 5) Bukit Payung (Formasi Payung). Kawasan kajian ini ditafsirkan terenap pada masa yang sama iaitu di antara Jura Atas hingga Kapur Bawah. Namun tiada kajian sedimentologi dan korelasi yang jelas antara kesemua unit Jura-Kapur. Oleh itu, tujuan penyelidikan ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti sedimentologi, persekitaran enapan dan stratigrafi di samping meneliti aspek korelasi rantau. Kajian ini telah memperincikan fasies sedimen serta fasies arkitektur dengan perhatian kepada morfologi persekitaran dan timbunan profil menegak fluvial. Pengumpulan data terperinci seperti log sedimen dan persampelan telah dilakukan melalui lawatan lapangan. Analisis palinologi, petrografi dan XRD turut dijalankan untuk mengenal pasti komposisi dan unsur dalam batuan. Kajian ini berjaya mengenal pasti beberapa gaya fluvial / model enapan di kawasan-kawasan kajian. Tiga belas fasies sedimen yang merangkumi himpunan fasies konglomerat, pasir dan lumpur dikenal pasti dalam keseluruhan kajian ini. Sempadan permukaan sehingga tertib ke-5 dan sembilan jenis unsur arkitektur fluvial turut dikenal pasti. Amnya, seluruh kawasan kajian merupakan sedimen daratan. Model dan hierarki sempadan permukaan yang dicadangkan oleh Miall telah dijadikan panduan. Model enapan Batu Pasir Bertangga ditafsirkan sebagai sungai berburai yang berlanjutan dan berdasar dalam. Di bahagian bawah Formasi Payung adalah sungai berburai yang berkelikir. Bahagian atas Formasi Payung memberi tafsiran sungai bermeander halus. Kumpulan Tembeling di kawasan Maran ditafsirkan terenap dalam sungai berburai yang berkelikir dan berdasar cetek dan sungai bermeander halus. Model enapan sungai bermeander halus turut dicadangkan untuk Batu Pasir Mangking yang ditemui di kawasan Kuala Tahan. Sungai berburai berdasar cetek telah dicadangkan untuk Batu Pasir Lotong, Kumpulan Gagau. Kajian ini mencadangkan dua ahli untuk Batu Pasir Mangking. Korelasi antara log Formasi Payung dengan turus stratigrafi Formasi Ma'okil mengenal pasti tiga ahli untuk Formasi Payung. Kajian ini juga telah mengasingkan Formasi Serentang daripada Kumpulan Tembeling kerana komposisi batuan dan fasies piroklasnya yang sama dengan formasi batuan Trias yang lain seperti Tuf Serentang dan Tuf Tekam. Formasi Kerum turut diasingkan atas hujah yang sama. Model paleogeomorfologi menunjukkan arah sumber sedimen di Jalur Tengah bertumpu ke pertengahan lembangan-lembangan Jura-Kapur. Korelasi stratigrafi dengan batuan Jura-Kapur yang lain di Asia Tenggara dapat mengaitkan tiga peristiwa geologi iaitu Peristiwa Cimmerian, Peristiwa Pertengahan Kapur dan Orogeni Himalaya.,Ph.D |
Pages: | 300 |
Call Number: | QE471.K486 2020 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_128519+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 40.39 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.