Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500598
Title: Perancangan strategik sumber masa kini dan masa hadapan di Jabatan Kecemasan HUSM menggunakan pendekatan hibrid
Authors: Nazhatul Sahima Mohd Yusoff (P82706)
Supervisor: Liong Choong Yeun, Prof. Madya Dr.
Keywords: Strategic planning
Hybrid method
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 15-Sep-2020
Description: Jabatan Kecemasan Hospital Universiti Sains Malaysia (JKHUSM) memainkan peranan penting dalam menyediakan rawatan kecemasan kepada masyarakat terutamanya masyarakat di Negeri Kelantan. Peningkatan jumlah pesakit yang berkunjung untuk mendapatkan rawatan saban tahun ke JKHUSM menunjukkan bahawa kecekapan perkhidmatan perlu dititikberatkan bagi menaik taraf kualiti perkhidmatan di jabatan ini. Namun begitu, JKHUSM turut tidak terkecuali dari berhadapan dengan masalah tempoh masa menunggu pesakit yang panjang sebelum menerima rawatan sehingga mengakibatkan kepada kegagalan untuk mencapai Penunjuk Prestasi Utama (KPI) jabatan yang telah ditetapkan. Masalah masa menunggu yang panjang akhirnya menyebabkan berlakunya kesesakan terutamanya di Zon Hijau dan Zon Kuning. Memandangkan kekurangan sumber dikenal pasti sebagai punca utama yang menjadi penyumbang kepada masalah yang dihadapi, maka pihak pengurusan JKHUSM perlu mendapatkan bilangan sumber yang dapat mengimbangi di antara keperluan sumber yang disediakan dengan permintaan pesakit yang kian meningkat. Oleh itu suatu kaedah hibrid yang melibatkan kaedah Simulasi Peristiwa Diskret (SPD), kaedah Analisis Penyampulan Data (APD) dan kaedah Sistem Dinamik (SD) telah dibangunkan bagi mendapatkan perancangan sumber yang optimum pada masa kini dan untuk 10 tahun akan datang, bagi Zon Hijau dan Zon Kuning. Cadangan peramalan sumber di Zon Hijau dibahagi kepada dua kelompok, iaitu kelompok hari bekerja dan kelompok hari cuti. Manakala peramalan sumber bagi Zon Kuning pula dibahagi mengikut kategori pesakit, iaitu kepada empat kategori: pesakit biasa, pesakit separa kritikal, pesakit lelah, dan pesakit bayi atau kanak-kanak di zon tersebut. Dapatan kajian menunjukkan berlakunya penurunan yang ketara bagi tempoh masa menunggu pesakit berbanding dengan scenario asal terutamanya bagi kelompok hari cuti di Zon Hijau, iaitu dari 225.52 minit kepada 17.78 minit, bagi kategori pesakit biasa dari 99.47 minit kepada 16.28 minit serta pesakit lelah dari 49.16 minit kepada 8.58 minit di Zon Kuning. Cadangan peramalan sumber dan jumlah pesakit yang diperoleh dapat dijadikan sebagai penanda arasan dalam membantu pihak pengurusan JKHUSM untuk membuat keputusan yang lebih wajar dalam merancang penambahan jumlah sumber yang diperlukan berdasarkan belanjawan yang diperuntukkan. Hasil kajian dipercayai akan dapat membantu dalam meningkatkan kualiti dan prestasi perkhidmatan di samping memenuhi KPI jabatan yang telah ditetapkan.,Ph.D
Pages: 365
Call Number: HD30.28.N339 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_128516+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
12.42 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.