Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500583
Title: Kajian terhadap morfologi nanozarah-nanozarah tak organik dalam sebaran koloid melalui kaedah penyerakan sinar-x sinkrotron
Authors: Ngoi Kuan Hoon (P68091)
Supervisor: Chia Chin Hua, Prof. Madya Dr.
Keywords: Synchrotron radiation
X-ray spectroscopy
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 15-Jan-2021
Description: Kebelakangan ini, perkembangan sumber sinar-X sinkrotron dengan fluks yang tinggi telah memberikan isyarat-hingar yang unggul dan pengumpulan data secara pantas dalam teknik penyerakan sinar-X. Ini telah membenarkan analisis morfologi ke atas ensembel nanozarah dengan arkitektur yang berbeza. Dalam disertasi ini, beberapa sebaran koloid nanozarah tak organik yang terdiri daripada nanozarah silika, nanozarah ferum oksida, nanozarah poros silika-karbon dan nanozarah silika yang telah diubahsuaikan permukaannya telah dikaji dengan menggunakan teknik pencirian yang utama, iaitu penyerakan sinar-X bersudut kecil (SAXS). Dalam bahagian pertama disertasi, nanozarah silika dengan siri dan taburan saiz yang terkawal telah dikaji. Sebagai model nanozarah yang amorfus, morfologi teras-cangkerang telah dikesan dalam nanozarah tersebut, dengan mempunyai cangkerang yang lebih tumpat dan berbentuk oblat. Bersama-sama dengan pendekatan daripada penyerakan dinamik cahaya dan mikroskopi pengimbasan elektron, butiran morfologi nanozarah silika telah dibandingkan. Bahagian kedua disertasi ini telah mengkaji kesan rawatan pengoksidaan ke atas nanozarah ferum oksida yang tidak sempurna dan mempunyai fasa campuran Fe1-xO dan Fe3-δO4. Selepas rawatan tersebut, fasa Fe1-xO yang tidak sempurna telah terjelma kepada Fe3-δO4 berhablur melalui pengoksidaan secara topotaksial. Morfologi teras-cangkerang telah dikesan dalam nanozarah yang berbentuk prolat sebelum dan selepas rawatan pengoksidaan, dengan mempunyai bahagian teras yang lebih tumpat. Sifat magnet nanozarah turut dipertingkatkan selepas rawatan pengoksidaan tanpa merosotkan taburan saiz yang ekasebaran. Bahagian disertasi yang seterusnya telah menangani nanozarah poros silika-karbon dengan arkitektur yang kompleks. Nanozarah berongga silika dan bersaluran nano telah digunakan sebagai templat koloid untuk memperolehi nanozarah hibrid silika-karbon dan nanozarah karbon di bawah pengkarbonan dan punaran. Faktor bentuk penyerakan telah dikaji semula dan diperbaiki untuk menjelaskan nanosaluran pada nanozarah berongga silika dengan lebih baik. Penghasilan nanozarah yang kurang memenuhi morfologi sasaran nanozarah yang dirancang telah dikenal pastikan, dengan kewujudan bendasing dalam nanosaluran dan punaran cangkerang silika yang tidak lengkap. Pada bahagian akhir dalam disertasi ini, nanokomposit polimer-silika telah disedia dan dikajikan. Nanozarah silika yang telah diubahsuaikan permukaannya telah disebar dan dirawati di bawah UV di dalam resin akrilat. Jumlah nanozarah yang semakin bertambah dalam nanokomposit telah diselidiki melalui penyerakan sinar-X pada sudut tuju geselan, dengan interaksi di antara nanozarah-nanozarah yang meningkat telah dikesan melalui faktor struktur. Nanokomposit yang lutsinar dan sifat kekerasan cakar yang baik telah diperolehkan. Secara asasnya, teknik penyerakan sinar-X merupakan teknik pencirian yang penting untuk nanozarah tak organik dalam sistem koloid yang asas dan kompleks.,Ph.D
Pages: 128
Call Number: QC793.5.E627N466 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_128373+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.3 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.