Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500498
Title: Kajian sebatian berfungsi di dalam rumpai laut dan kesannya keatas kualiti coklat
Authors: Mansoor Abdul Hamid (P39427)
Supervisor: Hjh. Wan Aida Wan Mustapha, Prof. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Food -- Composition
Marine algae as food
Issue Date: 21-Apr-2017
Description: Sehingga kini belum ada kajian yang melaporkan tentang spesies rumpai laut liar yang tumbuh bersama rumpai laut yang di kultur menggunakan tali pancang di Semporna, Sabah. Oleh itu kajian ini dijalankan untuk membandingkan kandungan nutrien dan antioksidan aktiviti spesies rumpai laut liar ini berbanding yang dikultur. Kajian ini dijalankan dalam tiga fasa iaitu yang pertama, penyaringan berasaskan kandungan nutrien dan aktiviti antioksidan rumpai laut kultur dan rumpai laut liar, kedua, kesan kaedah pengeringan berbeza pada spesies rumpai laut terpilih berdasarkan aktiviti antioksidan dan penentuan sebatian fenolik polar terpilih dari pengekstrakan pelarut yang berbeza dan yang terakhir untuk membangunkan rumpai laut terpilih tersebut di dalam model makanan. Penentuan kandungan nutrien dan aktiviti antioksidan dijalankan keatas sebelas spesies rumpai laut. Manakala empat kaedah pengeringan iaitu menggunakan cahaya matahari, di bawah teduhan, pengering kabinet dan pengering vakum. Enam jenis pelarut terdiri daripada air, metanol, etanol, etil asetat, kloroform, dan heksana digunakan untuk pengekstrakan dan penentuan sebatian fenolik utama juga ditentukan. Rumpai laut terpilih bersama bahan-bahan lain dibentuk menjadi jeli sebagai inti coklat dan formulasi terbaik dipilih berasaskan penilaian sensori, ditentukan kandungan nutrien dan seterusnya menjalani kestabilan penyimpanan. Keputusan mendapati rumpai laut S. polycystum, K. alvarezii var Aring-aring dan C. lentillifera menunjukkan kandungan nutrien dan aktiviti antioksidan yang lebih baik (p<0.05) dan dipilih untuk kajian pengeringan yang berbeza. Kaedah pengeringan vakum dan di bawah teduhan menunjukkan nilai aktiviti antioksidan yang lebih baik berbanding kaedah pengeringan kabinet, manakala pengeringan cahaya matahari mengakibatkan pengurangan (p<0.05) aktiviti antioksidan. S. polycystum dan K. alvarezii var Aring-aring menunjukkan aktiviti antioksidan lebih baik (p<0.05) dengan DPPH masing-masing 3.25; 3.31mg/mL dan 4.46; 4.77mg/mL bagi pengeringan vakum dan di bawah teduhan berbanding C. lentillifera (6.77 dan 8.01mg/mL) bagi pengeringan yang sama. Ekstrak metanol menunjukkan nilai aktiviti antioksidan lebih baik berbanding ekstrak pelarut yang lain dengan sebatian fenolik bersifat polar di dalam sampel rumpai laut yang dominan termasuklah asid gentistik, asid protoketenuik dan klorogenik berbanding asid galik dan hidroksibenzoik juga dapat dikesan. Berdasarkan hasil daripada fasa kedua, S. polycystum dan K. alvarezii var Aring-aring yang pengeringan di bawah teduhan digunakan untuk membangunkan jeli inti coklat namun keputusan mendapati S. polyscystum tidak berupaya membentuk jeli dengan baik. Kombinasi 10% masing-masing bagi K. alvarezii var Aring-aring dan puri rozel bersama gula dan agar-agar adalah paling diterima oleh panel sensori. Penggunaan inti jeli ini telah meningkatkan kandungan serat (6.35%) dan mengurangkan nilai kandungan tenaga coklat tersebut sebanyak 21.6%. Coklat ini stabil sepanjang 12 bulan tempoh penyimpanan berdasarkan nilai aktiviti antioksidan (DPPH), ciri-ciri fizikokimia, mikrobiologi dan sensori. Sebagai kesimpulan, pengeringan rumpai laut di bawah teduhan didapati lebih ekonomi dan pratikal berbanding kaedah konvensional menggunakan cahaya matahari.,Tesis ini tiada "Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah",Ph.D
Pages: 273
Call Number: TX553.A73M343 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121114+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.42 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.