Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500399
Title: Pertalian filogenetik ikan yu berdasarkan jujukan gen sitokrom b, 12S rRNA, ITS2 dan kawasan D-loop
Authors: Noor Haslina Masstor (P52723)
Supervisor: Badrul Munir Md. Zain, Prof. Dr.
Keywords: Sharks
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 23-Aug-2019
Description: Populasi ikan yu seluruh dunia mencatatkan penurunan mendadak sejak empat dekad yang lalu disebabkan oleh permintaan tinggi industri perikanan dan rekreasi. Usaha pemuliharaan terhadap kumpulan Elasmobranchii ini sukar dijalankan kerana kekurangan maklumat sistematik pelbagai jenis ikan yu. Oleh itu, satu kajian di peringkat molekul telah dijalankan untuk mengenal pasti aspek filogeni ikan yu menggunakan jujukan empat kawasan gen iaitu sitokrom b, 12S rRNA, ITS2 dan D-loop. Sampel ikan yu diperoleh daripada penangkapan menggunakan pukat tunda di beberapa kawasan perairan semenanjung Malaysia, dibeli di jeti ikan dan dibekalkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia dari 2010 hingga 2013. Kerja makmal melibatkan proses pengekstrakan genom, amplifikasi DNA, penulenan DNA dan penjujukan DNA. Jujukan DNA dianalisis berdasarkan kaedah Neighbor-Joining, Parsimoni Maksimum dan Inferensi Bayesian bagi mendapatkan pohon filogenetik beberapa kumpulan order, famili dan spesies ikan yu. Topologi pohon filogeni berdasarkan kawasan jujukan sitokrom b tidak mengesahkan pembahagian ikan yu kepada kumpulan Squalomorphii dan Galeomorphii dengan order Squaliformes dan Hexanchiformes (Galeomorphii) berada dalam pengelompokan Squalomorphii. Topologi filogeni gen 12S rRNA pula menyokong pengelompokan Galeomorphii (Carcharhiniformes, Lamniformes, Heterodontiformes dan Orectolobiformes) dan Squalomorphii (Squaliformes dan Hexanchiformes). Namun begitu, sistematik order-order dalam kumpulan Galeomorphii masih tidak dapat diselesaikan. Dengan mengabaikan kedudukan Orectolobiformes, topologi pohon kawasan jujukan ITS2 juga menyokong pembahagian kumpulan Galeomorphii dan Squalomorphii. Topologi pohon konsensus kawasan jujukan sitokrom b, 12S rRNA dan ITS2 turut menyokong pembahagian Galeomorphii dan Squalomorphii dengan sokongan yang rendah. Lamniformes dibuktikan sebagai taksa beradik bagi Carcharhiniformes. Kedudukan Sphyrnidae dalam pengelompokan Carcharhinidae menunjukkan hubungan parafiletik wujud antara keduanya. Oleh itu, Sphyrnidae dicadangkan berada dalam kumpulan yang sama dengan Carcharhinidae, bukan sebagai dua famili berbeza. Analisis konsensus memisahkan genus Chiloscyllium kepada dua kumpulan, Chiloscyllium hasseltii + C. griseum dan C. punctatum + C. plagiosum + C. indicum. Hubungan genetik yang amat dekat ditunjukkan oleh C. griseum dengan C. hasseltii berdasarkan hubungan parafiletik dalam kesemua pohon filogenetik. Kajian ini menyokong pengkelasan C. griseum sebagai sinonim kepada C. hasseltii. Pengiraaan masa pencapahan genus Chiloscyllium menunjukkan genus ini masih muda kerana mula mencapah pada pertengahan Cretaceous (99 juta tahun yang lampau). Chiloscyllium griseum dan C. hasseltii mula mencapah sekitar 49 juta tahun yang lampau (awal paleogene). Klad adik-beradik, C. indicum dan C. plagiosum pula mencapah pada 50 juta tahun yang lampau. Kesimpulannya, kajian ini dapat menjelaskan hubungan filogeni beberapa order dan spesies ikan yu khususnya Chiloscyllium berdasarkan data genetik molekul.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Ph.D.
Pages: 184
Call Number: QL638.9.N636 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117756+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.63 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.