Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500383
Title: | Ekologi, biologi dan genetik spesies penyengat parasitoid (Hymenoptera) dan ulat bungkus, Metisa plana (Lepidoptera: Psychidae) di ekosistem sawit Semenanjung Malaysia |
Authors: | Wan Nur Madihah Wan Abd Halim (P88867) |
Supervisor: | Salmah Yaakop, Prof. Madya. Dr. |
Keywords: | Hymenoptera -- Conservation Endangered species Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 11-Oct-2019 |
Description: | Ulat bungkus spesies Metisa plana (Lepidoptera: Psychidae) merupakan perosak kelapa sawit yang utama di Semenanjung Malaysia. Kadar infestasi yang tinggi dan berterusan mampu menjejaskan industri sawit di Malaysia. Aplikasi musuh semulajadi seperti penyengat parasitoid merupakan antara salah satu strategi Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM) dalam mengawal spesies ulat bungkus ini. Objektif kajian ini adalah untuk 1) mengukur kepelbagaian dan kelimpahan penyengat parasitoid di ekosistem sawit 2) mengenalpasti spesies penyengat parasitoid yang muncul dari M. plana dengan menggunakan analisis DNA barkod 3) mengkaji kekayaan, peratusan kemunculan dan nisbah jantina spesies penyengat parasitoid 4) mengesahkan kehadiran dan tahap infestasi endosimbion bakteria Wolbachia ke atas spesies penyengat parasitoid dan M. plana 5) menentukan hubungan filogenetik populasi M. plana dan Dolichogenidea metesae menggunakan data jujukan COI dan Cytb. Persampelan ke atas parasitoid dan M. plana telah dijalankan di lapan ekosistem sawit di Semenanjung Malaysia termasuklah di zon tengah (Banting dan Kuala Kubu Bharu, Selangor), zon utara (Sungkai, Tapah, Slim River, Perak) zon selatan (Yong Peng dan Sri Medan, Johor) dan zon pantai timur (Kertih, Terengganu) selama 18 bulan. Sejumlah 706 individu dengan 22 morfospesies yang terdiri daripada tiga famili iaitu Braconidae (60%), Ichneumonidae (37%) dan Chalcididae (3%). Sebanyak 21 jujukan DNA spesies penyengat parasitoid yang terdiri daripada 10 spesies iaitu Apanteles aluella, Apanteles sp.1, Brachymeria carinata, Buysmania oxymora, Dolichogenidea metesae, Eupelmus cotoxanthae, Eurytoma sp., Glypapanteles sp., Goryphus bunoh dan Pediobius anomalus berjaya dibarkodkan. Status dan pengesahan spesies penyengat parasitoid berjaya dibuktikan dengan kaedah molekul dan disimpan di Genbank sebagai rujukan untuk kajian akan datang. Sejumlah 81 individu D. metesae yang merupakan spesies yang paling dominan dalam kajian ini mencatatkan peratusan kemunculan daripada M. plana yang tertinggi iaitu 5.4%. Nisbah jantina bagi spesies ini didominasi oleh spesies betina (65%) berbanding jantan (35%). Selain itu, imbasan endosimbion bakteria Wolbachia mendapati tiada infestasi yang berlaku ke atas spesies penyengat parasitoid betina kecuali tiga individu spesies A. aluella dari Yong Peng dan Tapah. Maklumat ini penting dalam merangka pengurusan penternakan secara pukal bagi spesies yang berkepentingan. Akhir sekali, pohon filogeni populasi M. plana telah dibina dengan menggunakan data jujukan COI dan Cytb dan hasil mendapati berlaku percampuran individu antara populasi yang disokong nilai butstrap dari pohon Neighbour Joining (NJ) dan Parsimoni Maksimum (MP) sebanyak 52%-100% dan nilai kebarangkalian posterior dari pohon Bayesian Inference (BI) 0.52-1.00. Populasi D. metesae pula tidak menunjukkan sebarang perbezaan genetik. Hubungan antara populasi M. plana iaitu perumah kepada D. metesae telah melakarkan taburan dan sebarannya dalam merangka kawalan berdasarkan aplikasi ke atas penyengat parasitoid. Hasil dapatan kajian ini mampu memberikan cadangan dengan menggunakan musuh semulajadi iaitu penyengat parasitoid bagi mengawal infestasi M. plana di Malaysia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Ph.D. |
Pages: | 149 |
Call Number: | QL563.W336 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117744+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.02 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.