Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500376
Title: | Pendekatan semi-berparameter untuk taburan pendapatan di Malaysia |
Authors: | Muhammad Aslam Mohd Safari (P85925) |
Supervisor: | Nurulkamal Masseran, Dr. |
Keywords: | National income -- Malaysia National income -- Accounting Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 20-Sep-2019 |
Description: | Pendapatan yang diperoleh oleh seseorang adalah berbeza mengikut jenis pekerjaan yang dilakukan. Perbezaan pendapatan yang ketara dalam kalangan rakyat menunjukkan pengagihan pendapatan yang tidak seimbang, dan membawa kepada satu isu yang dikenali sebagai ketaksamaan pendapatan. Maka, analisis ketaksamaan pendapatan adalah penting terutama dalam memberikan maklumat bagi penggubalan dasar-dasar sosial yang lebih tertumpu kepada pelaksanaan pengagihan semula pendapatan agar jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin dapat dikurangkan. Di Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menjalankan satu penyiasatan rasmi yang dikenali sebagai Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) dengan kekerapan dua kali untuk tempoh setiap lima tahun bagi mengukur kesejahteraan ekonomi rakyat. Melalui HIS, analisis ketaksamaan pendapatan dilakukan oleh DOSM dengan menggunakan indeks ketaksamaan pendapatan seperti Gini tanpa mempertimbangkan ciri-ciri taburan pendapatan, terutamanya kewujudan titik terpencil dan sifat ekor berat di bahagian ekor bawah serta atas taburan pendapatan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengusulkan pendekatan semiberparameter teguh untuk memperihalkan taburan pendapatan di Malaysia, melibatkan data pendapatan kasar bulanan isi rumah bagi tahun 2007, 2009, 2012, dan 2014. Secara umumnya, terdapat dua model semi-berparameter yang dibangunkan dalam kajian ini: pertama, model semi-berparameter yang menggabungkan taburan empirik dan Pareto bagi menerangkan taburan pendapatan yang bersifat ekor berat dan memiliki titik terpencil dibahagian ekor atas; kedua, model semi-berparameter terperluas yang dibangunkan menerusi gabungan antara taburan Pareto songsang, empirik dan Pareto bagi memperihalkan taburan pendapatan yang bersifat ekor berat dan memiliki titik terpencil pada kedua-dua ekor bawah dan atas. Bagi tujuan ini, taburan Pareto disuaikan terhadap data pendapatan isi rumah ekor atas dengan parameter bentuk model ini dianggarkan menggunakan penganggar teguh untuk mempertimbangkan kehadiran titik terpencil. Selain itu, kajian ini juga mengusulkan satu pendekatan untuk menentukan nilai ambang optimum bagi pemodelan ekor menerusi taburan Pareto berdasarkan statistik fungsi taburan empirik. Dari segi kegunaan, ambang optimum yang diperoleh menerusi kaedah ini adalah sesuai bagi menentukan golongan berpendapatan tinggi di Malaysia. Tambahan itu, satu kaedah plot kotak yang dikenali sebagai plot kotak teritlak juga diusulkan bagi mengecam titik terpencil di bahagian ekor atas taburan pendapatan. Berdasarkan plot kotak teritlak, dapat dipastikan bahawa titik terpencil sememangnya wujud pada ekor atas taburan pendapatan. Seterusnya, untuk memodelkan data pendapatan ekor bawah menerusi taburan Pareto songsang, satu penganggar teguh berdasarkan statistik jelmaan kamiran kebarangkalian bagi parameter bentuk diperkenalkan untuk memastikan kehadiran titik terpencil dapat diambil kira. Ambang optimum bagi taburan Pareto songsang pula didapati sesuai untuk dijadikan satu garisan alternatif kepada Pendapatan Garis Kemiskinan. Akhir sekali, berdasarkan kedua-dua model semi-berparameter, rumus semi-berparameter bagi keluk Lorenz, indeks Gini, indeks entropi teritlak dan indeks Atkinson diterbitkan dan digunakan terhadap data HIS bagi menilai tahap ketaksamaan pendapatan dalam kalangan isi rumah di Malaysia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Ph.D. |
Pages: | 178 |
Call Number: | HC445.5.Z9M834 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117736+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.61 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.