Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500359
Title: Penghasilan α-glukosidase II dan varian glukosintasenya daripada yis beradaptasi sejuk Glaciozyma Antarctica untuk sintesis oligosakarida
Authors: Noor Liana Mat Yajit (P80649)
Supervisor: Muhd Mukram Mackeen, Prof. Dr.
Keywords: Yis
Oligosakarida
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 10-Mar-2019
Description: Oligosakarida memainkan pelbagai peranan biologi dan terdapat keperluan mendesak untuk menghasilkan bioaktif oligosakarida pada skala preparatif atau komersial. Oligosakarida disintesis secara berenzimatik menggunakan glikosil transferase atau glikosidase kerana pemilihan regio- dan stereospesifik berbanding kaedah kimia yang rumit. Enzim glukosidase lebih cenderung digunakan kerana kekangan sumber enzim glikosil transferase yang terhad dan kos substrat yang tinggi. Sintesis menggunakan glikosidase boleh dikawal secara termodinamik (hidrolisis berbalik) dan secara kinetik (transglikosilasi). Walau bagaimanapun, hasil produk oligosakarida yang sedikit dari tindak balas katalisis glikosidase mengehadkan penggunaannya untuk penghasilan oligosakarida secara besar-besaran. Pendekatan glikosintase yang merupakan mutan nukleofilik semakin berkembang dan lebih berkesan untuk sintesis oligosakarida. Oleh itu, kajian ini bertujuan menghasilkan α-glukosidase II rekombinan (αGluII) yang terlibat dalam pautan N-glikosilasi daripada Glaciozyma antarctica, menghasilkan varian nukleofil α-glukosidase II yang dipangil α-glukosintase II (mαGluII) dan mencirikan sifatnya. Enzim jenis liar (αGluII) dan varian (mαGluII) telah berjaya diklon dan diekspres di dalam sistem pengekspresan Pichia pastoris X33 pada suhu 28C selama 72 jam dengan aruhan metanol sebanyak 3%. Kedua-duanya telah ditulenkan dengan kaedah kromatografi penukaran ion. αGluII menunjukkan aktiviti optimum pada 37°C, pH 6.0 serta menghidrolisis p-nitrofenil-D-glukopiranosida, nigerosa dan Glcα3ManOMe. Aktiviti αGluII dipengaruhi oleh ion logam Mn2+ sebanyak 20%. Glukosintase (mαGluII) yang diperoleh melalui mutagenesis tapak teraruh pada nukleofil dalam tapak aktif αGluII (D456G) menunjukkan pengurangan aktiviti hidrolisis sebanyak 94%. Sintesis menggunakan αGluII untuk hidrolisis terbalik (reverse hydrolysis) dengan penderma gula dan penerima gula biasa tidak menunjukkan sebarang pembentukan produk. Tindak balas pengtransglikosilan oleh αGluII menggunakan p-nitrofenil-D-glukopiranosida sebagai molekul penderma dan penerima menghasilkan produk yang dianalisis menggunakan HPLC-UV yang mencadangkan struktur diglukosakarida dengan menggunakan dextran sebagai penunjuk berat molekul. Tindak balas transglikosilasi menunjukkan pembentukan optimum produk ini pada 37 °C, pH 6.0, nisbah 1: 3 (penderma: penerima) dengan masa pengeraman selama 24 jam. DI-ESI-MS resolusi rendah menunjukkan puncak [M + H]+ pada m/z 464.4 yang konsisten dengan struktur pNP-disakarida. Pencirian berenzim yang dijalankan menggunakan α-glukosidase (hidrolisis: -ve) dan β-glukanase (hidrolisis: +ve) menunjukkan bahawa produk diglukosakarida mengandungi ikatan β-1-3 atau 1-6 (Glcβ3/6Glc-pNP). Pelarut seperti DMF, DMSO dan aseton tidak memberi kesan terhadap transglikosilasi. Sintesis dengan glukosintase menggunakan penderma glukosil azida tidak menunjukkan sebarang pembentukan produk. Walau bagaimanapun, glukosintase menunjukkan hasil produk yang lebih tinggi (peningkatan 1.5 kali ganda) daripada αGluII dalam sintesis menggunakan p-nitrofenil-D-glukopiranosida sebagai molekul penderma dan penerima. Kesimpulannya, enzim rekombinan αGluII serta variannya berjaya dihasilkan serta penciriannya dan dapat mensintesis kemungkinan diglukosakarida (Glcβ3/6Glc-pNP) dengan hasil dapatan yang rendah.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Ph.D.
Pages: 214
Call Number: QP702.O44.N636 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117640+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.27 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.