Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500353
Title: | Pencirian unsur nadir bumi di persekitaran Sungai Balok, Kuantan, Pahang |
Authors: | Zolhizir Daud (P68019 ) |
Supervisor: | Che Abd Rahim Mohamed, Prof. Dr. |
Keywords: | Geology -- Malaysia Mines and mineral resources -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 2-Jul-2020 |
Description: | Persampelan sedimen, air, zarah partikel terampai(TSS), organisma (ketam spesies Scaylla olivacae) dan zarah partikel udara (PM10) dilakukan sepanjang Sungai Balok dari Januari 2013 hingga Januari 2015 bagi mengkaji hubungkait perubahan aras kepekatan unsur nadir bumi dan musim tengkujuh yang wujud di zon sungai, zon muara dan zon pesisir pantai. Sebanyak tujuh stesen telah dikenal pasti iaitu dua stesen di zon sungai, tiga stesen di zon muara dan dua stesen di zon pesisir pantai, dan penganalisaan sampel dilakukan di Makmal Oseanografi Marin, Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasil kajian mendapati kepekatan purata (n=59) ΣREE dalam fasa terlarut adalah 2328±1442 pmolL-1, 28058±25580 ngg-1 dalam fasa zarah terampai dan 53305±42926 ngg-1 di sedimen. Manakala purata kelimpahan taburan ΣCe yang tinggi diperolehi semasa musim tengkujuh iaitu 882±462 pmolL-1, 10472±8146 ngg-1dan 24725±11985 ngg-1, masing-masing dalam fasa terlarut, TSS dan sedimen. Ini disebabkan oleh sifat istimewanya yang mengalami penurunan dan pengoksidaan yang memainkan peranan penting dalam perubahan prosess kimia terutama penjerapan, penyerapan, penggarutan dan pengkomplekan dalam fasa terlarut dan pepejal sepanjang zon sungai. Justeru itu cerium dipilih sebagai penyurih dalam menentukan perubahan kemasukan air hujan pada musim tengkujuh di ketiga-tiga zon kawasan kajian. Penganalisaan data mendapati taburan aras kepekatan Ce dalam fasa terlarut adalah meningkat ketika musim tengkujuh 1112 ±159 pmolL-1 tahun 2013 dan 1154±385 pmolL-1 tahun 2014 berbanding musim kemarau iaitu 452±15 pmolL-1 tahun 2013 dan 801±226 pmolL-1 tahun 2014. Ini dibuktikan dengan peningkatan nisbah La/YbN pada tahun 2013 masing-masing di zon sungai dan muara iaitu 3.994±2.731 dan 5.409±4.245, dimana nisbah La/YbN berperanan sebagai penunjuk sumber litogenik yang diangkut secara pukal dari kawasan hulu semasa waktu hujan dan termendap di zon muara. Akhir sekali melalui pengiraan mendapati nilai fluks Ce di ketiga-tiga zon kajian adalah 1979 mgcm-2thn-1 zon sungai, 1768 mgcm-2thn-1 zon muara dan 1450 mgcm-2thn-1 zon pesisir pantai yang membuktikan Ce adalah salah satu unsur REE yang sesuai digunakan sebagai penyurih musim tengkujuh terutama di kawasan beriklim Khatulistiwa. Kesimpulannya, peningkatan taburan hujan, perubahan musim kering dan lembap, proses tindak balas kimia serta aliran batuan granit dari terestrial ke zon persekitaran sungai memberi kesan kepada perubahan dan pencirian istimewa kelimpahan REE di Sungai Balok.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Ph.D. |
Pages: | 278 |
Call Number: | QE299.5.Z635 2020 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117637+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.01 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.