Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500351
Title: Pemvulkanan lateks getah asli melalui penghibridan pemvulkanan sinaran dan pemvulkanan peroksida
Authors: Sofian Ibrahim (P89259)
Supervisor: Khairiah Badri, Prof. Dr.
Keywords: Vulcanization
Latex
Rubber
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 31-Jul-2019
Description: Tiga jenis pemvulkanan lateks getah asli utama yang digunakan dalam industri ialah pemvulkanan sulfur, sinaran mengion dan peroksida. Di antara ketiga-tiga jenis pemvulkanan ini, pemvulkanan sinaran mengion dan pemvulkanan peroksida dikenalpasti dapat menghasilkan lateks pra-pemvulkanan yang bebas dari alahan dan bahan karsinogenik nitrosamina. Walau bagaimanapun, kedua-dua proses pemvulkanan ini mempunyai kekurangan disebabkan sifat mekanik lateksnya yang rendah. Kajian untuk mengatasi kekurangan tersebut telah dilakukan melalui penggabungan pemvulkanan sinaran mengion dengan pemvulkanan peroksida. Dalam kajian ini, heksanediol diakrilat (HDDA) berperanan sebagai pemeka utama untuk pemvulkanan sinaran mengion manakala tert-butil hidroperoksida (t-BHPO) bertindak sebagai ko-pemeka untuk pemvulkanan peroksida. Pembangunan formulasi penyebatian lateks hibrid RVNRL-peroksida telah dikaji melalui tindak balas empat peringkat. Pada peringkat pertama, formulasi penyebatian lateks dengan campuran 2.5 per seratus bahagian getah (bsg) pemeka HDDA, 0.1 bsg ko-pemeka t-BHPO, 0.06 bsg penstabil kalsium laurat dan air telah disinarkan pada 12 kGy. Formulasi penyebatian ini menghasilkan filem lateks dengan kekuatan tensil iaitu 26.7 MPa; peningkatan sebanyak 62 % berbanding sampel kawalan. Peratusan gel yang telah direkodkan adalah 95.5 % berbanding sampel kawalan iaitu 90.7 %. Peringkat seterusnya, formulasi penyebatian lateks dari peringkat pertama telah disinarkan kepada beberapa dos sinaran berlainan. Dos sinaran sebanyak 6 kGy telah dikenalpasti menghasilkan filem lateks dengan kekuatan tensil 26.95 MPa dan nilai pecahan gel sebanyak 94.4 % berbanding dengan sampel kawalan; 89.6 %. Peringkat ketiga merupakan penentuan kuantiti pemeka optimum dalam penghasilan formulasi penyebatian lateks hibrid RVNRL-peroksida. Didapati 2.5 bsg HDDA bersama 0.1 bsg t-BHPO pada dos sinaran sebanyak 6 kGy berjaya menghasilkan filem lateks dengan kekuatan tensil setinggi 26.10 MPa dan nilai kandungan gel sebanyak 94.9 %. Penyebatian lateks hibrid RVNRL-peroksida disahkan melalui analisis spektroskopi inframerah Fourier Transform (FTIR), mikroskop imbasan elektron pelepasan medan (FESEM) dan analisa termogravimetri (TGA). Analisis FTIR yang dilakukan terhadap kesemua sampel mendapati tiada lagi kehadiran puncak-puncak kumpulan berfungsi C=O dan C-O masing-masing daripada sebatian HDDA dan t-BHPO. Selain itu, FESEM menunjukkan kesemua keratan rentas sampel filem mempunyai kontur warna yang sama dan permukaan morfologi yang licin tanpa keretakan. Ini turut disokong oleh data analisa TGA yang menunjukkan hanya terdapat satu peringkat peleraian yang menandakan keserasian pada sampel-sampel lateks hibrid RVNRL-peroksida. Peringkat terakhir adalah pemilihan antioksida untuk formulasi penyebatian lateks hibrid RVNRL-peroksida. Penambahan 2.5 bsg Aquanox Lp kepada formulasi penyebatian lateks didapati banyak membantu dalam mematuhi kehendak piawaian ASTM D3577-01a bagi ujian penuaan dan sinaran pada dos tinggi. Sebagai tambahan, kesemua sampel formulasi penyebatian pada setiap peringkat kajian turut mematuhi piawaian yang ditetapkan bagi jumlah kandungan pepejal (TSC), masa kestabilan mekanik (MST), kelikatan, pH dan kealkalian.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Ph.D.
Pages: 137
Call Number: TS1892.S664 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117636+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.19 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.