Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500335
Title: | Nanokomposit hibrid epoksi diperkukuh LENR berpengisi nanozarah silikon karbida dan nanotiub karbon |
Authors: | Suzana Ratim (P65557) |
Keywords: | Nanocomposites (Materials) Nanoparticles Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 4-Oct-2019 |
Description: | Kajian ini dijalankan bagi menilai kesan penambahan pengisi hibrid nanozarah SiC dan CNT ke atas sifat mekanikal, terma dan penyerapan gelombang mikro matriks epoksi diperkukuh LENR. Sampel nanokomposit dihasilkan melalui kaedah pengadunan mekanikal dengan sokongan getaran ultrasonik. Adunan matriks telah disediakan dengan nisbah kandungan resin epoksi kepada LENR adalah 95:5. Pada peringkat awal, parameter pemprosesan nanokomposit telah dikenalpasti sebelum pencirian bahan dilakukan dan kandungan optimum LENR yang diperoleh adalah sebanyak 3% manakala kandungan optimum pengisi nanozarah SiC dan CNT adalah 4%. Oleh itu, jumlah kandungan kedua-dua pengisi hibrid dalam nanokomposit juga telah ditetapkan pada 4%. Keputusan sifat mekanikal nanokomposit SiC dan CNT menunjukkan peningkatan pada nilai kekuatan regangan dan modulus Young pada komposisi optimum pengisi SiC dan CNT adalah 4%. Bagi sampel nanokomposit hibrid, kandungan pengisi optimum bagi kekuatan dan modulus regangan diperoleh pada sampel 3%SiC+1%CNT. Perbandingan sifat regangan secara eksperimen dengan teori peraturan percampuran dilakukan dalam kajian ini. Didapati bahawa sifat regangan nanokomposit hibrid yang dihasilkan boleh dijangka dangan menggunakan teori peraturan percampuran. Sementara itu, nilai terikan takat putus nanokomposit tunggal SiC dan CNT serta hibrid tidak menunjukkan peningkatan yang ketara. Walaubagaimanapun kekuatan dan modulus lenturan didapati meningkat apabila pengisi SiC dan CNT ditambah ke dalam matriks. Sebaliknya, penghibridan pengisi SiC dan CNT telah menurunkan kekuatan dan modulus lenturan. Penambahan pengisi nanozarah SiC dan CNT pula telah menurunkan prestasi kekuatan hentaman namun sampel nanokomposit 4% CNT dan 1%SiC+3%CNT menunjukkan sifat hentaman terbaik. Analisis TGA bagi proses penguraian haba bahan nanokomposit didapati bahawa matriks epoksi diperkukuh LENR terurai sepenuhnya berbanding kedua-dua pengisi SiC dan CNT apabila melebihi 450°C. Kajian terhadap sifat likat-kenyal nanokomposit melalui pencirian termomekanik terma didapati bahawa nilai modulus simpanan nanokomposit SiC lebih tinggi berbanding nanokomposit berpengisi CNT. Daripada kajian juga, keseluruhan sifat likat kenyal nanokomposit hibrid SiC/CNT didapati berada diantara nilai kedua-dua sifat nanokomposit tunggal SiC dan CNT. Sementara itu, sifat kestabilan terma nanokomposit SiC dan CNT menunjukkan suhu peralihan kaca, Tg meningkat apabila pengisi SiC dan CNT dimasukkan ke dalam matriks. Walaubagaimanapun, Tg bagi sampel nanokomposit SiC didapati lebih tinggi berbanding sampel nanokomposit CNT. Keputusan kekonduksian terma pula menunjukkan bahawa nanokomposit CNT mempunyai keupayaan mengkonduksi haba yang lebih baik berbanding nanokomposit SiC. Bagi sampel nanokomposit hibrid, sampel 1%SiC+3%CNT mempunyai nilai kekonduksian haba yang paling tinggi. Penambahan pengisi nanozarah SiC dan CNT menunjukkan kehilangan pantulan gelombang mikro yang tinggi berbanding matriks. Penyerapan maksimum ditunjukkan oleh sampel nanokomposit 4% SiC iaitu sebanyak 98% manakala sistem hibrid pula oleh sampel 3%SiC+1%CNT dengan penyerapan maksimum sebanyak 97%.,Ph.D. |
Call Number: | TA418.9.N35S859 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_116996+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.9 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.