Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500333
Title: | Pengekstrakan erapan bar berputar kitosan/MWCNT-COOH/PDMS untuk analisis racun rumpai Triazin di dalam sampel air alam sekitar |
Authors: | Nurul Auni Zainal Abidin (P81141) |
Supervisor: | Nadhratun Naim Mobarak, Dr. |
Keywords: | Triazines Herbicides -- Environmental aspects Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 15-Jan-2019 |
Description: | Triazin adalah sejenis racun rumpai yang digunakan secara meluas untuk mengawal pertumbuhan rumpai di dalam sektor pertanian. Sisa racun triazin memasuki air permukaan dan air persekitaran lain melalui rantaian ekologi. Triazin sering dijumpai pada aras kepekatan surih (ng/L - μg/L), mempunyai kestabilan kimia serta keterlarutan air yang tinggi. Triazin sasaran di dalam kajian ini adalah atrazin,sianazin dan ametrin. Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan sintesis bahan erapan iaitu olidimetilsiloksana (PDMS), nanotiub karbon multidinding berfungsi/polidimetilsiloksana (MWCNT-COOH/PDMS) dan kitosan/nanotiub karbon multidinding berfungsi/polidimetilsiloksana (kitosan/MWCNT-COOH/PDMS) yang digunakan sebagai salutan pada bar berputar untuk teknik pengekstrakan erapan bar berputar (SBSE) tanpa kaca serta analisis pemisahan menggunakan kromatografi gas- pengesan ionisasi nyala (GC-FID). Semua bahan erapan dicirikan oleh Mikroskopi Elektron Imbasan Medan Pancaran (FESEM) dan spektroskopi Infra-Merah Transformasi Fourier (FTIR). Proses pengoptimuman pengekstrakan dan penyaherapan analit sasaran adalah menggunakan aplikasi reka bentuk berfaktor dan komposit berpusat. Salutan kitosan/MWCNT-COOH/PDMS telah menunjukkan keberkesanan pengekstrakan triazin yang lebih baik dengan keadaan optimum bagi langkah pengekstrakan ialah 15 min masa pengekstrakan, tiada penambahan garam NaCl, 700 rpm kadar pengacauan dan 17 mL isipadu sampel manakala untuk langkah penyaherapan, 300 μL isipadu pelarut elusi dan 25 min masa untuk penyaherapan. Had pengesanan dan pengkuantitian dihitung pada aras kepekatan yang rendah iaitu masing-masing 0.005 - 0.013 μg/L dan 0.016 – 0.040 μg/L. Kriteria lain seperti perolehan semula dihitung antara julat 83.41 – 98.12 %. Ujian kebolehulangan intra dan inter merekodkan nilai sisihan piawai relatif < 10% iaitu mematuhi garis panduan AOAC bagi aras kepekatan μg/L bagi tujuan analisis rutin. Kepekatan triazin bagi sampel air sawah organik mencapai nilai maksimum 0.128 μg/L manakala air sawah konvensional ialah 0.211 μg/L. Analisis varians satu hala di antara kumpulan telah dijalankan untuk menyiasat perbezaan kepekatan triazin yang diambil dari sampel air sawah organik pada tempoh yang berbeza mengikut bulan (April, Jun dan Ogos) menunjukkan terdapat perbezaan kepekatan yang signifikan di antara bulan April dan Jun serta Jun dan Ogos pada aras signifikan p < 0.05 (F=5.326, p=0.007).Perbandingan post hoc menggunakan ujian Tukey HSD menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara kepekatan triazin bagi bulan Jun (M=0.048,SP=0.035) dengan bulan Ogos (M=0.018, SP=0.028). Manakala analisis terhadap air sawah konvensional menunjukkan terdapat perbezaan kepekatan analit triazin yang signifikan pada aras signifikan p < 0.05 di antara bulan April dan Jun (F=9.572,p=0.008). Ujian post hoc juga menunjukkan perbezaan yang signifikan di antara bulan Jun (M=0.048, SP=0.035) dan April (M=0.048, SP=0.035). Nilai darjah bahaya (HQ) bagi penggunaan air untuk orang dewasa dan kanak-kanak ialah 3.317 x 10-3 dan 7.163 x 10-3, masing-masing menunjukkan tiada risiko kepada kesihatan manusia. Model Langmuir telah dicadangkan sebagai model yang paling sepadan untuk menerangkan isoterma penjerapan triazin ke atas salutan. Nilai kapasiti maksimum penjerapan, Qm ialah 349.7 mg g-1. Kajian termodinamik menunjukkan penjerapan triazin bersifat spontan (ΔG° negatif) dan endotermik (ΔH° positif). Nilai Ea menunjukkan bahawa penjerapan adalah bersifat fizik. Kajian ini telah berjaya mensintesis salutan kitosan/MWCNT-COOH/PDMS dengan kapasiti penjerapan yang tinggi untuk meningkatkan keberkesanan pengekstrakan analisis surih triazin.,Ph.D. |
Pages: | 141 |
Call Number: | QD401.N837 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_116995+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.98 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.