Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500328
Title: Pengubahsuaian dan pencirian fosfolipid dari lesitin
Authors: Andrew Nair (P26882)
Supervisor: Mamot Said, Prof. Madya Dr.
Keywords: Phospholipids -- Synthesis
Lecithin -- Synthesis
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 9-Nov-2012
Description: Lesitin diperolehi sebagai produk sampingan industri penapisan minyak makan. Kegunaannya sebagai pengemulsi adalah terhad, justeru pengubahahsuaian lanjut adalah diperlukan. Dalam kajian seterusnya, lesitin soya diubahsuai melalui pemeringkatan beralkohol, pengasetilan dan penghidroksilan dan ciri-ciri fiziko-kimia dikaji. Bagi pemeringkatan beralkohol didapati nisbah asid lemak tak tepu kepada tepu mengikut urutan menurun seperti berikut : EtOH(3.4:1) > BuOH(3.2:1) > PrOH(2.9:1) > MeOH(2.8:1). Kecenderungan lesitin berinteraksi dengan air menyumbang sifat-sifat anti-hidrolisis. Tempoh induksi, IP daripada kaedah rancimat, didapati mengikut urutan berikut : lesitin terhidroksilasi (45.72 jam) > lesitin asal (43.18 jam) > lesitin larut etanol (41.52 jam) > lesitin terasetilasi (30.81 jam). Satu korelasi positif antara sifat anti-hidrolisis dengan suhu peleburan telah dikenalpasti, dimana suhu peleburan menurun mengikut urutan berikut: lesitin terhiroksilasi (160.6 oC) > lesitin larut etanol (151.6 oC) > lesitin terasetilasi (121.9 oC). Kajian fasa ternari dengan mikroskop optik menunjukkan bahawa kesemua derivatif lesitin membentuk gel keras dengan kandungan air tidak melebihi 60% dan lesitin melebihi 30%. Keadaan keseimbangan fasa Winsor II diperhatikan dalam kandungan air di antara 60- 80%, isopropilmiristat (IPM) 10-30% dan lesitin 10%. Kajian serakkan sudut kecil sinar-X (SAXS) bagi substrat terhidrat 80% menunjukkan kehadiran struktur lamelar dengan jarak berulang dwilapis (d) mengikut urutan berikut: lesitin terhidroksilasi (68.7 1ナ) > lesitin tulen (66.3 1ナ) > lesitin terasetilasi (58.8 1ナ) > lesitin larut etanol (53.4 1ナ). Kesan suhu (30 - 60 oC) ke atas jarak berulang (d) pada lesitin asal dan lesitin terhidroksilasi yang terhidrat 50% juga dikaji. Keputusan menunjukkan jarak berulang (d) pada lesitin terhidroksilasi meningkat daripada 99.1 ナ kepada 103 ナ, sedangkan lesitin asal hanya mencecah nilai tertinggi 99.1 ナ pada suhu 40 oC. Kajian seterusnya adalah untuk menganalisis termodinamik tidak balas pentransfosfotidilan fosfotidilkolina dengan gliserol dan solketal dengan menggunakan fosfolipase D (PLD) dari kobis sevoy dan Streptomyces sp. Sebagai mangkin. Didapati selektiviti terhadap pembentukan fosfatidilgliserol bersandar kepada perbezaan perubahan entropi pengaktifan (ΔΔS++) dan perbezaan perubahan entalpi pengaktifan (ΔΔH++). Satu parameter termodinamik TPG=PA yang baru telah diterbitkan daripada persamaan Eyring dan didefinasikan sebagai suhu apabila selektiviti mencapai 50%. Hasil pentransfosfotadilan dioptimumkan dengan menggunakan kaedah permukaan respons (RSM) tersuai model kuadratik (P< 0.05). Didapati selektiviti PLD optimum menaik dalam urutan berikut: PLD kobis-solketal (56.0%) ≈ PLD kobis-gliserol (56.1 %) < PLD Streptomyces sp.-gliserol (68.3%) < PLD Streptomyces sp.-solketal (71.0%). Suhu teoretikal TPG=PA pula menunjukkan korelasi negatif seperti dalam urutan berikut : PLD Kobis-gliserol (35.7 oC) > PLD Kobis-solketal (35.3 oC) > PLD Streptomyces sp.-gliserol (34.3 oC) > PLD Streptomyces sp.-solketal (32.6 oC).,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah ,Ph.D.
Pages: 212
Call Number: QP752.P53N335 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_115188+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
15.49 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.