Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500319
Title: | Risiko radiologi sisa yang mengandungi radionuklid tabii dan pengecualian perundangan pelupusannya di Malaysia |
Authors: | Teng Iyu Lin (P45035) |
Supervisor: | Ismail Bahari, Prof. Dr. |
Keywords: | Radioactive wastes Hazardous wastes Radiology Radioactive waste disposal Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 28-Nov-2013 |
Description: | Di Malaysia, sisa yang mengandungi radionuklid tabii (NORM) kebanyakannya dihasilkan oleh industri petroleum dan gas serta pemprosesan mineral yang mengandungi NORM. Antara sisa NORM termasuklah besi oksida, amang, sanga timah, gipsum, enapcemar dan kerak minyak. Sisa NORM ini dikawal dan dilesenkan oleh Lembaga Perlesenan tenaga Atom (AELB). Kebanyakan sisa NORM tersebut distor sementara secara tambakan ataupun dilonggok di dalam premis pemegang lesen AELB dan jumlah sisa ini terus meningkat setiap tahun. Peningkatan jumlah sisa NORM yang dihasilkan ini telah menimbulkan kebimbangan radiologi kepada pihak berkuasa dan masalah pelupusan kepada industri. Satu kajian yang komprehensif telah dijalankan bagi menaksir risiko radiologi kepada pekerja yang bekerja di tapak penstoran sementara tersebut dan juga kepada orang awam yang mungkin menduduki kawasan tersebut di masa hadapan. Prosedur Operasi Standard (SOP) turut dibangunkan bagi tujuan pengecualian kawalan perundangan pelupusan sisa tersebut. Dalam kajian ini, risiko radiologi telah ditaksir dengan menganggar dan menilai aras risiko berdasarkan tiga parameter, iaitu magnitud hazard sinaran, Kadar Dos Efektif dan Risiko Barah Lebihan. Kadar Dos Efektif dan Risiko Barah Lebihan telah dianggar menggunakan Kod Komputer RESRAD 6.4. Data yang dikumpulkan oleh AELB antara 1997–2009 telah digunakan dalam kajian ini. Kecuali besi oksida, sanga timah dan amang, semua sisa NORM lain menunjukkan kepekatan aktiviti yang setara dengan tanih normal Malaysia. Purata Kadar Dos Efektif pekerjaan (pekerja sinaran) di semua kawasan penstoran sementara adalah di bawah Had Dos Tahunan Yang Dibenarkan untuk pekerja sinaran (20 mSv thn-1). Purata Kadar Dos Efektif (bukan pekerja sinaran) yang dianggarkan di tapak penstoran sementara gipsum dan enapcemar minyak adalah masing-masing 8.6 x 10-2 mSv thn-1 dan 0.19 mSv thn-1, di bawah Had Dos Yang Dibenarkan untuk orang awan (1 mSv thn-1). Kadar Dos Efektif maksimum (29.81 mSv thn-1) dicatat di tapak tambakan besi oksida dengan Pekali Risiko Barah Lebihan maksimum pekerjaan dianggarkan pada 1.81 x 10-3 risiko per mSv. Bagi kawasan penstoran sementara gipsum dan enapcemar minyak, purata Kadar Dos Efektif yang mungkin diterima penduduk dianggarkan masing-masing pada 0.25 mSv thn-1 dan 0.11 mSv thn-1, iaitu di bawah Had Dos Tahunan yang dibenarkan untuk orang awam dan setara dengan tanih normal Malaysia (0.15 mSv th-1). Nilai purata Pekali Risiko Barah Lebihan untuk orang awam pula dianggarkan setinggi 2.40 x 10-3 risiko per mSv. Keputusan yang diperolehi ini mendapati gipsum dan sisa enapcemar minyak mempunyai potensi risiko radiologi di bawah had yang dibenarkan dan setara dengan tanih normal Malaysia. Kajian mencadangkan gipsum dan enapcemar minyak dikecualikan daripada kawalan perundangan radiologi dan selamat dari segi risiko radiologi bagi tebusguna semula. Pengecualian ini dicadang berdasarkan kepada pematuhan SOP yang bangunkan dalam kajian ini.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D. |
Pages: | 334 |
Call Number: | TD898.T46 2011 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114612+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 20.45 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.